Sabtu, 11 Julai 2009

PERJUMPAAN EXCO KESENIAN, KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK






Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengaturkan satu perjumpaan di antara Y.B. Zainol Fadzil, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kesemua 59 Kelab Sukan Komuniti seluruh negeri Perak pada 29 Jun, 2009 bertempat di Impiana Casuarina, Ipoh. Kehadiran KSK adalah memuaskan.

Kelab Sukan Komuniti Jalong diwakili oleh Ng Kah Choong, Pengerusi dan Syed Daud b. Syed Isa, Setiausaha.

Topik utama pada perjumpaan tersebut adalah penganjuran Karnival Sukan Komuniti 2009. Baru-baru ini setiap KSK telah diberi peruntukan sebanyak RM20,000 untuk tujuan tersebut. Tuan Haji Nik Ismail bin Hj. Che Muda memaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan memberi peruntukan fasa ke-2 sebanyak RM23,800 selepas Hari Raya Aidil Fitri. Pengumuman ini disambut baik oleh semua KSK yang hadir.

Hanya 4 sukan wajib pada Karnival Sukan Komuniti 2009 iaitu bolasepak, bola jaring, bola tampar dan sepak takraw. Bola jaring (wanita) dan bola keranjang 3 X 3 adalah acara pilihan. Ini bermaksud pada Karnival Sukan Komuniti Peringkat Parlimen, Negeri dan Kebangsaan hanya 4 sukan wajib sahaja dipertandingkan.

Hadiah wang tunai untuk acara bola sepak, bola jaring dan bola tampar dinaikkan kepada RM1,000 (johan), RM700 (naib johan), RM500 (ke-3) dan RM300 (ke-4) manakala hadiah sepak takraw dikekalkan pada RM500, RM300, RM200 dan RM100. Penyertaan adalah percuma. Peraturan sukan semasa adalah digunapakai. Syarat-syarat penyertaan tidak banyak berbeza dari tahun sebelum ini.












Tiada ulasan:

Ahli