Memaparkan catatan dengan label Liga Sukan Komuniti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liga Sukan Komuniti. Papar semua catatan
Sabtu, 29 November 2014
LISUS PERINGKAT NEGERI PERAK - Hoki
Sabtu, 25 Oktober 2014
2014 FUN HOCKEY
Kelab Sukan Komuniti Jalong berjaya menganjurkan '2014 Fun Hockey' pada 25 Oktober, 2014 di SMK Methodist. 10 pasukan mengambil bahagian. Ia adalah salah satu usaha 'sukan untuk semua' yang berkonsep:
- meningkat tahap kesihatan masyarakat setempat
- mengekalkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat
- menggalakkan penyertaan semua masyarakat
- bukan berunsur pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa semata-mata
- merupakan aktiviti rekreasi berbentuk fizikal dan sukan spontan yang diurus untuk tujuan penggalakkan penyertaan meluas
2 pemain antarabangsa dan 5 pemain negeri mengambil bahagian. Kesemua pemain-pemain ini adalah anak tempatan. Kehadiran mereka bukan sahaja meriahkan program malahan sebagai galakkan kepada pemain-pemain muda untuk maju dalam sukan ini. Beberapa pemain veteran turut mengambil bahagian.
Kesemua pemain-pemain ini bertindak sebagai 'motivator', mentor dan pembimbing kepada pemain muda. Ini adalah saat-saat yang membanggakan pemain-pemain muda bermain bersama pemain antarabangsa, negeri dan veteran. Jarang sekali mendapat peluang sebegitu.
Y. Bhg. Dato' Elango, Penasihat Menteri Besar (diwakili oleh En. Ganesan Kenas), En. Ashokumar, Ketua Pemuda MIC Bahagian Sg. Siput dan En. Letchumanan, Penasihat KSK Jalong hadir dalam majlis penyampaian hadiah.
Penganjuran program ini menepati slogan kelab sukan komuniti - Satukan Hati, Jatikan Diri. Ia juga menepati objektif - mengukuhkan keakraban komuniti melalui sukan.
Ahad, 28 September 2014
LIGA SUKAN UNTUK SEMUA - Futsal Wanita
KSK Jalong telah mengambil bahagian dalam program Liga Sukan Untuk Semua acara FUTSAL Wanita pada 27 September, 2014 di Kompleks Sukan Komuniti Sg. Siput dan berjaya sebagai Naib Johan.
Tahniah kepada semua pemain!
Kepada pihak penganjur, sila teruskan usaha dengan bersungguh-sungguh dan bukan sambil lewa!
Isnin, 3 Ogos 2009
KARNIVAL SUKAN KOMUNITI SUNGAI SIPUT
KSK Jalong dan Kelab Rekreasi Melayu (KRM) Sungai Siput telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan Komuniti Sungai Siput pada 1 -2 Ogos, 2009. KSK Jalong dan KRM Sungai Siput bersetuju menganjurkan karnival sukan komuniti bersama untuk menjimatkan kos penganjuran serta mengemblengkan lebih banyak tenaga sukarelawan. Karnival sukan komuniti ini merangkumkan DUN Jalong dan Lintang yang diadakan serentak.
Pertandingan akhir bola jaring di kompleks sukan
Sebanyak 4 acara sukan dipertandingkan iaitu bola sepak di Padang MPKK, Sungai Buloh, bola tampar dan sepak takraw di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput dan bola jaring di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Siput.
Penyertaan pada tahun ini adalah memuaskan. Masyarakat orang asli turut mengambil bahagian dalam karnival tahun ini. Seramai 700 ahli sukan berbilang kaum mengambil bahagian. Karnival sukan komuniti berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
KSK Jalong juga mendapat kerjasama dari Persatuan Kecergasan Daerah Kuala Kangsar untuk mengadakan ujian kecergasan. Sambutan adalah menggalakkan. Ujian kecergasan ini adalah penting untuk melihat samada kecergasan seseorang padan dengan usia individu tersebut. Ramai peserta-peserta sukan komuniti mengambil ujian ini.
Ajaat (Timbalan Pengerusi), Cheah Chee Kuan (tetamu khas) dan Jayagopi (Naib Pengerusi)
Langgan:
Catatan (Atom)
































