Rabu, 15 Julai 2009

KARNIVAL SUKAN KOMUNITI SUNGAI SIPUT 2009






Karnival Sukan Komuniti Sungai Siput 2009 akan diadakan pada 1 - 2 Ogos, 2009 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput, padang MPKK Sungai Buloh dan padang Sekolah Kebangsaan Sungai Siput.

Sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, bola tampar, bola jaring dan sepak takraw. Bola sepak akan dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Melayu Sungai Siput pada 1 dan 2 Ogos, 2009 di padang MPKK Sungai Buloh kerana ia mengambil masa yang lebih lama untuk dihabiskan. Kelab Sukan Komuniti Jalong akan menganjurkan bola tampar pada 1 Ogos, 2009 dan sepak takraw pada 2 Ogos, 2009 di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput. Bola jaring akan diadakan pada 2 Ogos, 2009 di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Siput.

Pesefahaman di antara Kelab Rekreasi Melayu Sungai Siput dan Kelab Sukan Komuniti Jalong menganjurkan karnival sukan komuniti ini bersama untuk menjimatkan kos penganjuran serta dapat mengemblengkan lebih banyak tenaga sukarelawan.

Walaubagaimanapun, penyertaan tetap dibahagi kepada dua bahagian mengikut DUN di Sungai Siput iaitu Jalong dan Lintang. Segala peraturan am dan syarat pertandingan karnival sukan komuniti adalah dipatuhi cuma KSK Jalong dan KRM Sungai Siput mengadakan sukan serentak di tempat dan tarikh yang sama.

Ujian kecergasan turut di adakan pada 2 Ogos, 2009 di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput dari pagi hingga petang untuk memeriahkan karnival sukan komuniti. Ujian ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah Kuala Kangsar. Ujian ini dapat memastikan tahap kecergasan seseorang individu samada padan dengan usia. Khidmat nasihat disediakan oleh instruktor kecergasan bertauliah dan berpengalaman.












Tiada ulasan:

Ahli