Ahad, 12 Julai 2009

CABARAN FUTSAL ANTARA PARLIMEN NEGERI PERAK





Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menganjurkan CABARAN FUTSAL ANTARA PARLIMEN NEGERI PERAK pada (Ahad) 12 Julai, 2009 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput. 24 pasukan mengambil bahagian.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput adalah tuan rumah. Justeru itu, KSK Jalong, Kelab Rekreasi Melayu Sungai Siput dan Majlis Belia Daerah Sungai Siput diminta membantu bersama-sama dengan Kelab Rakan Muda Parlimen Sungai Siput.

KSK Jalong diberi tugas mengetuai jawatankuasa makanan serta jawatankuasa kecemasan dan keselamatan. Ahli-ahli jawatankuasa KSK Jalong turut membantu bersama dengan sukarelawan KSK Jalong. Persatuan Bulan Sabit Merah SMJK Shing Chung, Sungai Siput turut diminta membantu. Juliana Muhamad, seorang AJK KSK Jalong yang juga seorang jururawat mengetuai Jawatankuasa Kecemasan manakala Jawatankuasa Makanan diketuai oleh Mohamad Taufik Mohd. Latiff. AJK yang turut hadir ialah Aziz [pemeriksa kira-kira] dan Norazlina [naib pengerusi].


Ahli-ahli Jawatankuasa KSK Jalong yang hadir membantu mengagih makanan kepada pemain-pemain.

Semua berjalan baik dan lancar. Tiada kecederaan dan bergaduhan. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain adalah tinggi.

En. Munir bin Aliayazak, Penolong Pengarah Rakan Muda dan En. Ahmad Yusup bin Che Rus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta adalah tetamu kehormat menyampaikan cenderahati dan hadiah kepada pemenang.


Penyampaian hadiah dan cenderahati oleh tetamu khas

Perasmian Cabaran Futsal Antara Parlimen Negeri Perak oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Dzulklifly Harun.









Tiada ulasan:

Ahli