Ahad, 14 Disember 2014

PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN TERTUTUP PERAK - PERAK SOCCER KID'S











Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Tertutup Perak - Perak Soccer Kid's berjaya dianjurkan pada 13 Disember, 2014 di Padang MPKK Sungai Buloh. Sebanyak 11 pasukan dari seluruh negeri Perak mengambil bahagian. Bos Gourus A menjuarai pertandingan ini. SuSi Kidz menduduki tempat ke-2 manakala Bos Gourus B dan Taiping Kidz masing-masing menduduki tempat 3 & 4.





Sijil penyertaan diberi kepada setiap pemain. Air mineral, MILO kotak dan roti bun diberi kepada semua pasukan yang mengambil bahagian. Tempat 5-8 diberi hadiah saguhati RM100 setiap satu manakala Johan menerima sebuah piala, medal dan tunai RM700, Naib Johan - medal dan tunai RM500, ke-3 menerima medal dan tunai RM300, ke-4 menerima medal dan tunai RM200.


 
 

Penganjuran ini mendapat pujian dari semua pasukan yang mengambil bahagian. Peserta-peserta gembira menerima sijil penyertaan. Turut hadir dalam penyampaian hadiah adalah En. Amer Izuddin (Pegawai Belia, JBS Perak), En. Irwan (Pegawai Belia, PBS Sg. Siput) dan En. Shukor (PAFA Akademi). KSK Jalong berdekad mengadakan pertandingan ini tahunan dan berharap ia akan diperakukan oleh PAFA.

 
 
 
 
 
 
 

   















Ahli