Sabtu, 16 Ogos 2014

MALAYSIA DAY FUN RIDE 2014







Sekumpulan pertubuhan masyarakat sivil di Sungai Siput (U) telah bergabung untuk menganjurkan "MALAYSIA DAY FUN RIDE 2014" pada 16 September, 2014. Lokasi bermula dan tamat di Dataran Taman Okid. 

Pertubuhan-pertubuhan yang terlibat adalah KSK Jalong, KRT Taman-Taman Muhibbah, KRT Kampung Muhibbah, Persatuan Kebajikan & Komuniti Muhibbah, NADI Sungai Siput, Belia Lestari Muhibbah, Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia Cawangan Sungai Siput dan Sungai Siput Indian Recreation Club. Bilangan pertubuhan dijangka bertambah.

Program ini terbuka kepada semua warganegara yang berumur 16 tahun ke atas, sihat tubuh badan, mempunyai basikal sendiri, tiada yuran penyertaan, T-shirt percuma kepada penyertaan awal. Jarak kayuhan adalah lebih kurang 45 KM. Borang boleh didapati di dan dikembalikan ke Pejabat Belia & Sukan Sungai Siput, selain dari itu borang juga boleh e-mel ke kskjalong@gmail.com.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Sungai Siput pada 15 Ogos, 2014 di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput. Turut hadir dalam Majlis ini adalah En. Redzuan (Pegawai Belia & Sukan Sg. Siput), ASP Roslan (Ketua Jabatan Ketenteraman Awam & Trafik PDRM Sg. Siput) dan Pn. Getrude (Pegawai Perpaduan Daerah Sungai Siput).


Objektif program ini adalah:
  • memperkasakan masyarakat sivil
  • mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarak majmuk
  • mengalakkan gaya hidup sihat
  • memupuk kesedaran pencemaran alam

Pendaftaran pada jam 6 pagi dan senamrobik serta taklimat keselamatan pada jam 6.30 pagi. Kayuhan bermula jam 7 pagi dan dijangka tamat pada jam 10 pagi diikuti dengan cabutan bertuah.












Ahli