Selasa, 25 Disember 2012

KEJOHANAN MOTORCROSS PERAK AMAN JAYA 2012 ( SIRKIT MOTORCROSS PERAK )






 

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan kerjasama Kelab Sukan Komuniti ( KSK ) Jalong dan Nanang Protech Motorsport telah mengadakan Kejohanan Motorcross Perak Aman Jaya 2012 ( Sirkit Motocross Perak ) pada 22 hingga 23 Disember ( Sabtu hingga Ahad ) bertempat di Extreme Motorsport Park, Gua Tempurung.

Sebanyak 153 peserta dari dalam negeri Perak dan luar negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur serta Johor. Pelbagai kategori kejohanan telah dipertandingkan seperti Junior Motorcross ( bawah 15 tahun 150cc kebawah ), Open Motorcross, Veteran Motorcross, Open Endurance ( 2 jam ), Veteran Endurance ( 2 jam ), Open Cubcross, MX GP Novice Modenas Cubcross ( 115 cc ke bawah ), MX GP Expert, Modenas Cubcross ( 135 cc kebawah ) dan MX GP Open. 

Kemuncaknya 45 peserta telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan.

Ahad, 2 September 2012

2012 MALAYSIA DAY FUN RIDE








KSK Jalong dengan kerjasama KRT Taman-Taman Muhibbah, Sg. Siput, Belia Lestari Muhibbah dan Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput akan mengadakan program "2012 Malaysia Day Fun Ride" pada 16 September, 2012 (Ahad). Program ini akan bermula pada 6:30 a.m. Peserta-peserta dikehendaki berkumpul di perkarangan parkir Taman Muhibbah Jaya 2. 

Penyertaan adalah dibuka kepada semua warganegara berusia 16 tahun ke atas. Borang boleh didapati di Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput atau daftar on-line di laman sawang Sungai Siput News [www.ssn.my] atau facebook Belia Lestari Muhibbah [www.facebook.com/blmssu]. Yuran penyertaan adalah RM30 seorang. Peserta perlu menyediakan basikal sendiri.

Jarak perjalanan adalah 43KM melalui Jalan Dato' See Khoon Lim - Jalan Jalong - Jalan RE - pekan Lintang - Jalan Lintang.



Ahli