Ahad, 11 Julai 2010

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN GELANGGANG RAKYAT








Kementerian Belia dan Sukan bercadang membina sebuah gelanggang rakyat di setiap Dewan Undangan Negeri sejak 2008. Gelanggang rakyat pertama dibina pada tahun 2009, diantaranya ialah di Kampung Muhibbah. Terdapat 3 jenis gelanggang dalam gelanggang rakyat ini iaitu sepak takraw, bola keranjang dan FUTSAL.


Pembinaan gelanggang rakyat fasa ke-2 bermula pada tahun 2009. Sungai Siput diperuntukan 6 gelanggang rakyat atas usaha Y. Bhg. Dato' Haji Dzulklifly Hj Haron, Ketua UMNO Bahagian Sg. Siput. Gelanggang rakyat fasa ke-2 ini terdapat penambahan fasiliti iaitu lampu dan stor.

Y.B. Dato' Hj. Ahamed Pakeh Adam merasmikan gelanggang rakyat dan penyerahan gelanggang rakyat kepada persatuan-persatuan belia dan sukan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia atau Pesuruhjaya Sukan. 6 gelanggang rakyat yang diserahkan pada 11 Julai, 2010 di Kg. Jaya Setia adalah Gelanggang Rakyat Lasah [KSK Lintang], Gelanggang Rakyat Kompleks Sukan Komuniti [KSK Jalong], Gelangang Rakyat Rimba Panjang [Gerakan 4B Rimba Panjang], Gelanggang Rakyat Loh, Karai [Persatuan Belia Nadi Loh], Gelanggang Rakyat Kg. Kelimat [Persatuan Belia Kelimat] dan Gelanggang Rakyat Jaya Setia [Persatuan Belia Jaya Setia].


KSK Jalong diamanahkan mengurus Gelanggang Rakyat Kompleks Sukan Komuniti. Setakat ini, tiada arahan dan syarat penggunaan diterima. Memandangkan gelanggang rakyat adalah kemudahan awam, maka penggunaan gelanggang hendaklah diselaraskan supaya masyarakat setempat berpeluang menggunakan kemudahan yang disediakan. Penggunaan pada waktu siang mungkin tidak dikenakan bayaran tetapi penggunaan pada waktu malam dikenakan bayaran minima.

Selain dari menyelaras penggunaan gelanggang dan pembayaran bil eletrik, persekitaran dan keadaan gelanggang juga perlu dijaga rapi. Jawatankuasa pengelola perlu dibentuk untuk memastikan urus tadbir yang cekap, telus dan saksama.

KSK Jalong berharap pihak Kementerian Belia dan Sukan dapat memberi peruntukan membaiki gelanggang rakyat fasa 1 di Kampung Muhibbah untuk diserah kepada persatuan belia dan sukan.
















Ahli