Jumaat, 24 Julai 2009

KSK JALONG DITUDUH LAGI!





Kelab Sukan Komuniti Jalong dituduh lagi baru-baru ini!

KSK Jalong berpegang teguh dengan prinsip sukan komuniti iaitu mewujudkan rakyat Malaysia yang aktif dan sihat serta memupuk perpaduan kaum dan integrasi negara melalui penyertaan dalam sukan.

KSK Jalong juga berpegang kepada tujuan kelab sukan komuniti sepertimana termaktub dalam perlembagaan Kelab.

Namun begitu KSK Jalong telah dilempar dengan pelbagai tuduhan dan fitnah yang tidak berasas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mungkin kerana Pengerusi KSK Jalong bukan dari kalangan pemimpin parti yang menjadi tonggak pemerintah kerajaan!

Tidak lama dahulu, Ng Kah Choong, Pengerusi dan seorang ahli jawatankuasa KSK Jalong, Mohamad Taufik bin Mohd. Latif dikatakan adalah punca yang menyebabkan sebuah kelab sukan komuniti tidak mendapat geran sukan untuk semua. Kuatnya pengaruh Pengerusi dan AJK KSK Jalong! Apakah pengaruh Pengerusi dan AJK KSK Jalong yang bukan seorang ADUN, Ahli Parlimen maupun Ahli Majlis Perbandaran! Apatah lagi Pengerusi dan AJK KSK Jalong bukan seorang pemimpin politik yang berpengaruh dan memegang jawatan penting dalam bahagian, negeri maupun pusat! Tambahan pula Pengerusi dan AJK KSK Jalong bukan dari kalangan pemimpin parti yang menjadi tonggak pemerintah!

Kenyataan ini bukan sahaja tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali malahan ia jelas memperlekehkan keupayaan dan kewibawaan pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput khususnya serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak amnya.

Baru-baru ini KSK Jalong juga dituduh menghabiskan wang dari geran kelab sukan komuniti lain di Langkawi. Kononnya, KSK Jalong menggunakan wang karnival sukan komuniti untuk makan angin di Pulau Langkawi.

Sebenarnya program di Langkawi adalah kursus "Profesionalisme Belia" anjuran Majlis Belia Daerah Sungai Siput. Tidak dinafikan Pengerusi dan beberapa AJK KSK Jalong memang mengikuti program tersebut. Ng Kah Choong, Pengerusi KSK Jalong adalah mantan Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Sungai Siput yang juga Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Negeri Perak. Kehadiran Pengerusi KSK Jalong ke program tersebut adalah atas jemputan Majlis Belia Daerah Sungai Siput untuk memberi ceramah dan berkongsi pengalaman dengan pemimpin-pemimpin baru Majlis Belia Daerah Sungai Siput serta merasmikan penutup kursus.

Manakala ahli-ahli jawatankuasa KSK Jalong yang turut serta adalah Norazlina Nazri (Naib Pengerusi), Sahul Hameed dan Saidi Musib (AJK) serta Khairul Azhar b. Ilias. Keempat-empat mereka mewakili Persatuan Belia Lestari Taman Muhibbah, sebuah badan gabungan Majlis Belia Daerah Sungai Siput. Sahul Hameed adalah Pengerusi, Norazlina Nazri adalah Setiausaha, Saidi Musib adalah Bendahari dan Khairul Azhar adalah AJK Persatuan Belia Lestari Taman Muhibbah!

Ini bukan kali pertama KSK Jalong difitnah! Semasa penubuhan lagi, Pengerusi KSK Jalong yang pada masa itu merupakan penggerak dan Pengerusi Penaja telah diberi tekanan politik oleh pihak-pihak yang tertentu. Kononnya, kelab sukan komuniti adalah jentera pilihanraya dan hanya orang-orang dari parti pemerintah sahaja yang boleh mengganggotai kelab sukan komuniti!

Kedua-dua kenyataan di atas adalah bercanggah dengan tujuan / matlamat penubuhan kelab sukan komuniti sepertimana dalam perlembagaan Kelab. Walaubagaimanapun, Pengerusi KSK Jalong berkeras dan berpegang kepada prinsip dan tujuan / matlamat kelab sukan komuniti dengan mengendahkan tekanan politik itu.

KSK Jalong jauh lebih aktif dari kebanyakkan kelab sukan komuniti yang lain. Pada tahun 2008, tiada geran diperuntukan kepada kelab sukan komuniti, KSK Jalong tetap menjalankan aktiviti seperti biasa cuma dalam skala yang kecil. Yang menghairankan, pada tahun 2008 tiada peruntukan dari Kementerian Belia dan Sukan, tiada pula fitnah dan tuduhan ke atas KSK Jalong! Senyapppp..... tetapi keadaan tenteram tiba-tiba berubah bagai tsunami apabila geran diberi semula oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Sebelum sesiapa hendak mempertikai KSK Jalong baik dari sudut keahlian, kewangan, integriti dan keberkesanannya, sila jawab dahulu soalan-soalan berikut:

Keahlian dan ahli-ahli jawatankuasa KSK Jalong adalah terdiri dari masyarakat berbilang kaum - Cina, Melayu, India dan orang asli. Ada berapa kelab sukan komuniti yang keahlian dan ahli-ahli jawatankuasanya terdiri dari masyarakat berbilang kaum? Tepuk dada tanya selera!

Ada berapa kelab sukan komuniti yang mengadakan mesyuarat agung tahunan? Ada berapa kelab sukan komuniti yang mempunyai borang permohonan menjadi ahli? Ada berapa kelab sukan komuniti yang mempunyai aset dan inventori serta senarainya? Ada berapa kelab sukan komuniti yang mengadakan program lain selain dari liga sukan komuniti dan karnival sukan komuniti?

Pada akhir 2007, ada desas-desus mengatakan kelab sukan komuniti akan lenyap kerana tidak ada lagi geran dari Kementerian Belia dan Sukan. Ya, memang betul. Tiada geran dari Kementerian tetapi KSK Jalong tetap menjalankan beberapa program walaupun tiada peruntukan. Sesebuah organisasi tidak wajar mengharapkan bantuan dan peruntukan dari Kementerian sahaja. Sebagai sebuah NGO harus berdikari dan mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Cuma mereka yang tidak tahu mengurus dan memimpin serta tidak tahu pengertian NGO sahaja amat memerlukan bantuan serta peruntukan dari Kerajaan. Mereka bukan sukarelawan dan pemimpin yang ikhlas dan wibawa, tidak sama sekali sebagai pemimpin politik yang berjiwa rakyat. Mereka mempunyai agenda sendiri.

Kumpulan ini bukan penyokong setia YAB Perdana Menteri sekarang kerana mereka tidak mempratik serta merealisasikan visi Perdana Menteri iaitu 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan! Bagi kumpulan ini visi mereka adalah 1 Malaysia, Politik kaum didahulukan, Kedudukan, jawatan dan status diutamakan!

Sebelum hendak menuduh sebarangan, adalah bijak untuk mengambil initiatif menyiasat dan mencerminkan diri dahulu. Bagi pemimpin politik pula, jangan mudah percaya kepada anak-anak buah. Semak perilaku anak-anak buah dahulu sebelum bertindak. Tindakan melulu tanpa siasatan hanya membinasakan diri sendiri bah pepatah Melayu : meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri.














Tiada ulasan:

Ahli