Isnin, 1 Disember 2008

PERSAHABATAN TAKRAW




Aksi-aksi persahabatan takraw di Pusat Serenti Perlop ..... Hebat?



Pertukaran cenderhati diantara Pengurus KSK Jalong, Taufik Latif dengan Komandan Pusat Serenti Perlop


KSK Jalong mengadakan sepak takraw persahabatan dengan Pusat Serenti Perlop, Sungai Siput pada 30 November, 2008. Persahabatan ini diadakan di Pusat Serenti Perlop. Sebanyak 5 regu dipertandingkan. Kedua-dua pasukan menunjukkan kehebatan masing-masing. Semangat kesukanan dan disiplin pihak Pusat adalah dipuji.

Sebelum ini, KSK Jalong telah mengadakan takraw persahabatan dengan pasukan Taman Sri Andalas, Kelang di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput.






















Ahad, 2 November 2008

MAJLIS RAMAH MESRA


Ucapan tetamu-tetamu kehormat

Meja VIP



Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali, KSK Jalong, KRT Kampung Muhibbah dan KRT Taman-Taman Muhibbah, Sungai Siput telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra di perkarangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput pada 1 November, 2008.

S/u + Penolong S/u ...... mesra ........

Ahli-ahli KSK Jalong

Majlis ini dihadiri oleh masyarakat pelbagai kaum khususnya ahli-ahli KSK Jalong, KRT Kampung Muhibbah dan KRT Taman-Taman Muhibbah. Tetamu kehormat ialah Y. Bhg. Dato' Seri Samy Velu dan YB Dato' Haji Ahamed Faked Adam, ADUN Lintang. Y.M. Tengku Mazilawati, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Kangsar dan Puan Maizatul, Pegawai Belia dan Sukan Sungai Siput turut hadir sama.





Hadirin dan makanan yang disediakan .... melayu ada .... india ada...... apa lagi mau????















Rabu, 29 Oktober 2008

Notis SMS

PERHATIAN!

Semua Ahli KSK Jalong diminta untuk mengemaskini nombor telefon bimbit terkini kepada Setiausaha atau sms Nama bersertakan No I/C ke nombor berikut 016-5989663. Semua ahli yang berdaftar akan dimaklumkan melalui mesej pesanan ringkas (SMS) mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan.

~SMS Server ~

Selasa, 26 Ogos 2008

LION HILL


Puncak 'Lion Hill' - sukar tetapi seronok!

Ke puncak ........ gerun????

KSK Jalong telah mengadakan dakian Bukit Kamuning pada 13 Julai, 2008 dan 24 Ogos, 2008. Bukit Kamuning yang lebih dikenali sebagai 'Lion Hill' adalah puncak tertinggi di Sungai Siput. Ketinggianya adalah 653m dari aras laut. Bukit Kamuning dikelilingi oleh ladang kelapa sawit milik Kumpulan Guthrie. Dahulu adalah ladang getah.





Ahli-ahli yang mengikuti pendakian 'Lion Hill'

Dakian pertama pada 13 Julai, 2008. Ini adalah kali pertama beberapa ahli KSK Jalong mendaki bukit ini. Pengerusi KSK Jalong telah mendaki bukit ini beberapa kali sebelum ini. Bukit ini memang sering didaki oleh pemuda-pemudi pada tahun 1970an - 1980an.

Pengerusi KSK Jalong menuruni cerun ... bestlahhhhh !!!!!!
Turun cerun dengan tali .... seronokkkk !!!!!

Rosninani, Bendahari KSK Jalong


















Selasa, 10 Jun 2008

XPDC GUNUNG CENGKEI





Pemburu haram?????

Ada linekah? Tiada line jadi penunggu pulak!


Lihat perutku! Puas makan angin! Majlis pertabalan Batin Taufik di Gunung Cengkei .........



Komando-komando sesat!

KSK Jalong telah merancangkan XPDC Gunung Cengkei sejak 2 tahun yang lalu. Cabaran diuji pada 7 - 8 Jun, 2008. Gunung Cengkei terletak di Hutan Rizab Korbu dengan ketinggian 1,024 m dari aras laut. Seramai 5 ahli KSK Jalong cuba menawan gunung tersebut i.e. Ng Kah Choong - Pengerusi, Jayagopi - Setiausaha, V. Krishna Kumar - AJK, Sahul Hameed - Penolong Setiausaha dan Taufik Latiff. 3 orang asli bertindak sebagai pemandu.



Kumpulan ini gagal ke puncak kerana keadaan cuaca semasa mendaki yang tidak mengizinkan. Tambahan pula kawasan ini adalah hutan dara dan tiada laluan. Pemandu berpandukan pengalaman mereka. Walaubagaimanapun mereka bertindak di baris depan membuka laluan kepada kumpulan KSK Jalong.




Adalah difahamkan orang asli dari kampung berdekatan dapat sampai ke puncak dan balik dalam masa 1 hari. Kumpulan ini hanya berjaya sampai ke tengah gunung! Jangan mudah termakan kenyataan orang asli ..... 1 jam mereka bergerak adalah 4 jam orang bandar bergerak !!!!!


















Ahli