Khamis, 15 Januari 2009

KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI SUNGAI SIPUT








Ahli-ahli KSK Jalong bermain dalam Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput



Sungai Siput sungguh bertuah mendapat seorang ahli Parlimen yang bertaraf Menteri pada masa lalu! Sebagai kawasan Menteri sudah pasti diberi keutamaan dalam konteks pembangunan. Walaubagaimanapun, penduduk-penduduk yang tidak mengenal budi telah memangkah orang lain. Menteri veteran dikeluarkan dari Parlimen! Samada sengaja atau tidak, ia adalah satu kerugian besar kepada penduduk-penduduk Sungai Siput.

Kementerian Belia dan Sukan telah membina sebuah kompleks sukan komuniti di Sungai Siput kerana Sungai Siput merupakan kawasan Menteri. Kompleks ini siap pada akhir tahun 2008. Itu pun bernasib baik! Sekiranya projek ini dilewatkan maka tiada kompleks sukan di daerah Kuala Kangsar. Kompleks Rakan Muda telah terlepas, nasib baik ada Kompleks Sukan Komuniti di Sungai Siput! Beruntung juga Sungai Siput!

Kompleks Rakan Muda yang sepatutnya dibina di Sungai Siput telah ditarik ke Kuala Kangsar tetapi tidak dapat direalisasikan. Sepatutnya sebuah Kompleks Sukan Komuniti dibina di Kuala Kangsar juga tidak menjadi kenyataan.

Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput kini diurus oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput. Pejabat Belia dan Sukan Daerah dalam proses memindah ke dalam kompleks ini. Penggunaan kompleks adalah terbuka kepada orang ramai dengan bayaran. Caj penggunaan adalah agak mahal dibandingkan dengan gelanggang lain di Sungai Siput. Harap pihak Kementerian dan Jabatan Belia dan Sukan dapat menkaji caj penggunaan kompleks.

Terdapat 4 gelanggang badminton, 4 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang FUTSAL, 2 gelanggang bola jaring dan sebuah gelanggang FUTSAL berukuran antarabangsa terdapat dalam Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput ini. Kompleks ini terletak diantara Happy Garden dan Kampung Bahagia belakang Klinik Kesihatan sungai Siput.

KSK Jalong telah menempah penggunaan kompleks iaitu pada setiap Selasa - badminton dan sepak takraw serta Sabtu - sepak takraw dan FUTSAL. Setiap ahli KSK Jalong adalah digalakkan menggunakan fasiliti ini dengan bayaran minima iaitu RM5 setiap kali main (badminton), sepak takraw dan FUTSAL adalah RM1. Ahli remaja dikenakan RM1 untuk badminton dan percuma untuk FUTSAL serta sepak takraw. KSK Jalong akan menanggung segala kos penggunaan kompleks.














Khamis, 1 Januari 2009

GELANGGANG SUKAN PELBAGAI GUNA










Sungai Siput terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong bertuah mendapat sebuah gelanggang pelbagai guna dari Kementerian Belia dan Sukan. Gelanggang ini dibina di Kampung Muhibbah. Walaubagaimanapun terdapat sedikit pertikaian kerana tapak tersebut terletak diantara Kampung Muhibbah dan Kampung Tersusun Kledang Utama. Namum begitu, pertikaian ini dapat diselesaikan kerana penggunaan adalah terbuka kepada semua penduduk di kedua-dua perkampungan ini. Tambahan lagi konsep "jiran sepakat membawa berkat" berjaya menyelesaikan masalah teknikal ini.

Pada tahun ini (2009), Menteri Belia dan Sukan juga mengumunkan bahawa setiap DUN akan dibina sebuah lagi gelanggang pelbagai guna maka Kampung Jaya Setia telah dicadangkan. Sekiranya ada penambahan mungkin satu lagi di Kampung Jalong atau Kampung Bahagia. Cadangan-cadangan ini telah dikemukakan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan pemimpin-pemimpin tempatan yang berkenaan.















Ahli