Ahad, 6 Mei 2007

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA


Tn Hj. Othman Abdul memotong kek yang dihasilkan oleh pastri Taufik

KSK Jalong mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama pada 6 Mei, 2007 bertempat di Dewan Tun Sambanthan, Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput. Mesyuarat Agung ini dirasmikan oleh Tuan Haji Othman Abdul, Penolong Pengarah - Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.


Pengerusi KSK Jalong menyampaikan cenderahati kepada Tetamu Khas, Tn. Hj. Othman Abdul dan En. Muhamamad, mantan Pegawai Belia Sungai Siput.

Ajaat Kamaldeen, Timbalan Pengerusi KSK Jalong menyampaikan cenderahati kepada Pn. Maizatul, Pegawai Belia dan Sukan Sungai Siput


Ucapan Tetamu Khas dan Pengerusi KSK Jalong
Seramai 60 ahli KSK Jalong menghadiri mesyuarat ini. Pemilihan pemegang-pemegang jawatankuasa diadakan. Mohd. Taufik Mohd Latif, seorang pastri yang berpengalaman telah membuat sebiji kek untuk merayakan ulangtahun pertama KSK Jalong.

Ahli-ahli yang terpilih adalah seperti berikut:

Pengerusi - Ng Kah Choong
Timbalan Pengerusi - Ajaat Kamaldeen
Naib Pengerusi - Syed Daud bin Syed Isa , G. N. Gopalan
AJK - Abu Bakar Martin, Khor Kok Poo, Norazlina bt. Nazri, Mat Seri Pandak, V. Krishna Kumar, Sahul Hameed

Gambar kenang-kenangan bersama Tetamu Khas dan barisan kepimpinan KSK Jalong.














Ahli