Sabtu, 12 September 2009

KARAOKE RAKAN MUDA KAMPUNG-KAMPUNG BARU






Pemenang

Pentas


Finalis

Kelab Rakan Muda Kampung-Kampung Baru di Sungai Siput telah bergabung sekali lagi menganjurkan Pertandingan Karaoke Rakan Muda Kampung-Kampung Baru di Kampung Baru Simpang Jalong pada Sabtu, 12 September 2009. Pertandingan bermula dari 10 a.m. dan tamat pada 3.00 pm. Seramai 20 penyanyi yang berusia di antara 15 - 25 tahun mengambil bahagian.

Wartawan

Urusetia

Pertandingan ini berjaya memikat ramai penonton pelbagai peringkat usia di Kampung Baru Jalong. Ini adalah salah satu usaha untuk memperkenalkan Kelab Rakan Muda Kampung Baru kepada masyarakat Cina khususnya di kampung-kampung baru. Aktiviti sedemikian juga dapat menarik golongan muda sedar wujudnya Kelab Rakan Muda Kampung Baru.


VIP

Semenjak dari program bola keranjang 3 X 3, ramai belia telah berminat mengetahui Kelab Rakan Muda dan aktiviti-aktivitinya. Ini adalah petanda bahawa Kelab Rakan Muda Kampung Baru diterima oleh golongan muda dengan promosi yang berterusan serta penganjuran program-program yang bersesuaian dengan citarasa mereka.



Pengadil





Ahad, 6 September 2009

MORE









Sempena bulan Ramadan ini, KSK Jalong telah mengadakan jamuan more di Surau Kampung Jaya Setia pada 5 September, 2009. Ahli-ahli jawatankuasa, ahli dan sukarelawan KSK Jalong hadir bersama orang-orang kampung. Turut hadir adalah En. Kamaruddin, Ketua Kampung bersama ahli-ahli jawatankuasa JKKK.


Ini adalah kali ke-3 KSK Jalong mengadakan jamuan more. Sebelum ini jamuan more diadakan di Surau Balai Polis IPD Sg. Siput (2006) dan Surau Taman Okid (2007). Ini adalah salah satu cara KSK Jalong mendekati masyarakat.


Diharapkan dengan cara ini, lebih ramai masyarakat akan mengenali KSK Jalong dan menyokong segala usaha / program KSK Jalong. Penerimaan masyarakat bererti separuh usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui sukan dan masyarakat yang cergas akan tercapai.









Sabtu, 5 September 2009

ASUS 2009



Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput telah mencalonkan KSK Jalong, Pengerusi (Ng Kah Choong) dan AJK (Mohamad Taufik Mohd Latif) ke Anugerah Sukan Untuk Semua [ASUS] 2009.

Penilaian ke atas calon Kategori Kepimpinan - Ng Kah Choong dan Kategori Penggerak / Sukarelawan - Mohamad Taufik Mohd. Latif telah diadakan pada Jumaat 4 September, 2009bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Penilaian ke atas kategori Keluarga Aktif dan Persatuan juga diadakan pada 2 - 3 September.

Adalah difahamkan kategori Kelab Sukan Komuniti dipertandingkan di peringkat Kebangsaan, justeru itu tiada penilaian di peringkat Negeri. Walaubagaimanapun, persiapan awal telah diatur untuk menghadapi penilaian kelak.


Kalah menang adalah adat permainan, namum begitu kita tidak wajar mengecewakan pihak yang mencalonkan kita. Pokoknya, kita harus lakukan yang terbaik. Sesungguhnya kita kalah tetapi bukan kerana kita tidak layak cuma kita tewas kepada pihak yang lebih baik. Sekiranya kita mengaku kalah tanpa sebarang usaha, ia hanya mengecwewakan pihak yang mencalonkan kita dan pihak yang menilai kita.

KSK Jalong mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai dan semua anggota kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput yang begitu yakin untuk mencalonkan KSK Jalong.

Mohon ahli-ahli dan sahabat-sahabat mendoakan kejayaan calon-calon ASUS 2009!




Ahli