Ahad, 23 Ogos 2009

KELAB RAKAN MUDA WAWASAN DESA KAMPUNG BARU






Sebanyak 5 Kelab Rakan Muda Wawasan Desa Kampung Baru telah dilancarkan pada Ahad, 23 Ogos, 2009 di gelanggang berbumbung Kampung Baru Sungai Buloh. 5 Kelab Rakan Muda Wawasan Desa Kampung Baru yang berjaya ditubuhkan adalah K/B Sungai Buloh, K/B Simpang Jalong, K/B Rimba Panjang, K/B Lintang dan K/B Lasah.




Majlis pelancaran disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Chang Ko Youn, Penasihat kepada Menteri Besar Perak. Turut hadir sama adalah En. Shahrin dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Cik Abby, Penolong Pegawai Belia dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta pengerak-penggerak Rakan Muda Kawasan Sungai Siput bersama AJK Kelab Rakan Muda Sungai Siput.




Sebuah lagi Kelab Rakan Muda Kampung Baru akan ditubuhkan di K/B Salak tidak lama lagi.




Sempena pelancaran Kelab Rakan Muda Wawasan Desa Kampung-Kampung Baru Sungai Siput, kejohanan bola keranjang 3 X 3 Rakan Muda diadakan. Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian. Kejohanan ini mendapat galakkan dan sambutan yang memuaskan.





Memandangkan ini adalah kali pertama, Kelab Rakan Muda Kampung Baru menganjurkan program, masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki khususnya publisiti. Lebih banyak pasukan dijangka mengambil bahagian sekiranya publisiti mencukupi kerana ramai peminat sukan hanya mendapat tahu kejohanan ini pada hari tersebut.






Walaubagaimanapun, ucapan syabas wajar diberi kepada jawatankuasa pengelola yang diketuai oleh Boo Chee Lin.













Isnin, 10 Ogos 2009

PIALA MENTERI BESAR







Regu tajaan KSK Jalong


Lokasi latihan regu KSK Jalong

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak telah mengadakan kejohanan sepak takraw Piala Menteri Besar Perak di Kompleks Belia dan Sukan Negeri pada 8- 9 Ogos.

KSK Jalong menaja 1 regu. Walaupun keputusan adalah tidak memuaskan; namun begitu, ia merupakan satu pengalaman kepada pemain-pemain. Mungkin keputusan lain kali lebih baik......














Isnin, 3 Ogos 2009

KARNIVAL SUKAN KOMUNITI SUNGAI SIPUT



Banner Karnival Sukan Komuniti Sungai Siput 2009


Padangan di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (acara bola jaring)

KSK Jalong dan Kelab Rekreasi Melayu (KRM) Sungai Siput telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan Komuniti Sungai Siput pada 1 -2 Ogos, 2009. KSK Jalong dan KRM Sungai Siput bersetuju menganjurkan karnival sukan komuniti bersama untuk menjimatkan kos penganjuran serta mengemblengkan lebih banyak tenaga sukarelawan. Karnival sukan komuniti ini merangkumkan DUN Jalong dan Lintang yang diadakan serentak.

Pertandingan akhir bola jaring di kompleks sukan

Pasukan bola jaring masyarakat orang asli


Sekitar acara bola jaring

Sebanyak 4 acara sukan dipertandingkan iaitu bola sepak di Padang MPKK, Sungai Buloh, bola tampar dan sepak takraw di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput dan bola jaring di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Siput.



Sekitar bola tampar

Penyertaan pada tahun ini adalah memuaskan. Masyarakat orang asli turut mengambil bahagian dalam karnival tahun ini. Seramai 700 ahli sukan berbilang kaum mengambil bahagian. Karnival sukan komuniti berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Ujian kecergasan

KSK Jalong juga mendapat kerjasama dari Persatuan Kecergasan Daerah Kuala Kangsar untuk mengadakan ujian kecergasan. Sambutan adalah menggalakkan. Ujian kecergasan ini adalah penting untuk melihat samada kecergasan seseorang padan dengan usia individu tersebut. Ramai peserta-peserta sukan komuniti mengambil ujian ini.

Padangan atas suasana dalam kompleks sukan

Ajaat (Timbalan Pengerusi), Cheah Chee Kuan (tetamu khas) dan Jayagopi (Naib Pengerusi)













Ahli