Ahad, 29 Mac 2009

FUTSAL BAWAH 12 TAHUN NEGERI PERAK



























Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menganjurkan kejohanan FUTSAL Bawah 12 tahun peringkat negeri Perak di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput pada Sabtu, 28 Mac 2009. Pemenang akan mewakili negeri Perak ke kejohanan FUTSAL peringkat kebangsaan di jangka pada bulan Mei 09.

Kelab Sukan Komunti Jalong turut membantu dalam kejohanan peringkat negeri tersebut. Sejak dari permulaan penubuhan, KSK Jalong komited membantu Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput menjayakan segala program-program jabatan. Ahli-ahli KSK Jalong telah membantu pejabat belia dalam beberapa program terdahulu. Usaha ini akan diteruskan.

Ekoran dari kejayaan penganjuran ini, KSK Jalong berhasrat mengadakan program FUTSAL peringkat usia dengan badan-badan sukan yang lain di peringkat kawasan Sungai Siput.









Isnin, 23 Mac 2009

PEMERIKSAAN KESIHATAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI











Penduduk-penduduk kampung sabar menanti giliran











Taufik, Saidi, Ng ..... gaduhkah?



Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong telah mengaturkan program pemeriksaan kesihatan di Kampung Asap, Jalong Tinggi pada Ahad 22 Mac, 2009. Ini adalah projek kedua Pengerusi bersama Pfizer Care-A-Van. Projek pertama kali pada tahun 2001 di Kampung Kenang, Jalong Tinggi.









Cikgu mendidik anak-anak dengan CACING!



Penduduk-penduduk di Kampung Asap, Kampung Landap, Kampung Awal, Kampung Kelah dan Kampung Hektar dijemput untuk diperiksa. Pemeriksaan yang diadakan adalah BMI, tekanan darah, kandungan darah dan kolestrol. Kanak-kanak diberi ubat cacing dan vitamins serta pemeriksaan kutu. Sekiranya ada kutu, dia akan diberi ubat dan cara mencuci. Wanita diberi pendedahan dan kesedaran penyakit wanita. Kanak-kanak diajar cara-cara menjaga kebersihan diri.









Khairul, pakar uji darah

Memandangkan kekurangan sukarelawan pada hari tersebut, pemeriksaan mata tidak dapat dijalankan. Beberapa sukarelawan yang telah berjanji untuk membantu tidak dapat menunai janji mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Program ini bermula 10:00 pagi tetapi kehadiran kami pada jam 9:20 pagi didapati lokasi berkenaan telah dipenuhi oleh penduduk-penduduk kampung. Belum sempat kami dapat mengatur tempat, kehadiran penduduk bertambah ramai.











Pemeriksaan kutu

Kami bersyukur kerana En. Mat Seri, AJK KSK Jalong hadir membantu menterjemahkan bahasa. Ini memudahkan kerja-kerja anggota dari Pfizer dan sukarelawan KSK Jalong. Dalam usaha ini adalah didapati ramai orang asli mendapat darah tinggi dan kanak-kanak kekurangan iodine. Justeru itu, satu program kesedaran darah tinggi dan kolestrol akan diadakan dalam masa terdekat ini.












Bernard sedang berinteraksi dengan masyarakat orang asli.



Ahad, 22 Mac 2009

XPDC JELAJAH SUNGAI SIPUT










Pada 21.3.2009, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput telah menganjurkan XPDC Jelajah Sungai Siput yang membawa mesej "Generasi Belia Bebas Jenayah". Program ini disertai oleh lebih kurang 130 peserta yang kebanyakkannya adalah belia. Kelab Sukan Komuniti Jalong dan PDRM Sungai Siput turut serta dalam program ini.

Program bermula jam 8.30 pagi dari Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput. Peserta dilepaskan oleh Ketua Inspektor Ribuan (PDRM) dan Ng Kah Choong (KSK Jalong). Jarak perjalanan lebih kurang 50 km meliputi taman-taman perumahan, kampung-kampung tradisi dan kampung-kampung baru. Peserta bergerak ke jalan raya Kuala Kangsar - Ipoh, Jalan Dato' See Khoon Lim, Jalan Lintang ke FELDA Lasah dan menuju ke Hospital Sungai Siput. Keluar semula ke jalan utama dan kembali ke Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput pada jaam 12:45 tengahari. Kami difahamkan bahawa ini adalah siri pertama dari 3 siri XPDC.

















Isnin, 16 Mac 2009

PENASIHAT MENTERI BESAR NEGERI PERAK MELAWAT KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI SUNGAI SIPUT









Y. Bhg. Dato' Chang Ko Youn, Penasihat kepada Menteri Besar Negeri Perak telah melawat Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput pada 15 Mac, 2009 (Ahad) sempena pertandingan persahabatan KSK Jalong dengan AADK Negeri Perak. Y. Bhg. Dato' Chang diberi taklimat oleh En. Khairul, wakil Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput.

Kompleks sukan bernilai RM2.2 juta siap dibina pada tahun 2008. Y. Bhg. Dato' Seri Samy Velu dan Y. Bhg. Dato' Chang Ko Youn memainkan peranan penting memastikan kompleks ini dibina di Sungai Siput. Adalah difahamkan bahawa semasa perancangan mencari tapak terdapat bantahan dari pihak tertentu. Kompleks sukan ini terletak di antara Happy Garden dan Kampung Bahagia, belakang Klinik Kesihatan Sungai Siput.

Pada tahun ini sebuah lagi gelanggang rakyat akan dibina di sebelah kompleks sukan. Pegawai Belia dan Sukan Daerah juga memaklumkan bahawa 8 gelanggang rakyat akan dibina di Sungai Siput pada tahun ini.











PERSAHABATAN KSK JALONG - AADK PERAK




Kelab Sukan Komuniti Jalong mengadakan persahabatan dengan Ajensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perak pada 14-15 Mac, 2009 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput. 3 jenis sukan dipertandingkan iaitu FUTSAL, sepak takraw dan badminton. Kelab Rakan Muda Parlimen Sungai Siput turut mengambil bahagian dalam FUTSAL.




Sempena pertandingan persahabatan ini, Y. Bhg. Dato' Chang Ko Youn, Penasihat kepada Menteri Besar Negeri Perak juga diberi taklimat oleh Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput yang diwakili oleh En. Khairul.




Kejayaan persahabatan in mendorong Kelab Sukan Komuniti Jalong mengadakan lebih banyak persahabatan dengan kelab / persatuan sukan berdaftar dan ajensi / jabatan kerajaan di Daerah Kuala Kangsar amnya dan Sungai Siput khususnya. Program seumpama bukan sahaja dapat meningkatkan perhubungan diantara anggota kerajaan dengan masyarakat malahan ia juga meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat di kalangan anggota kerajaan dan masyarakat.














Ahli