Memaparkan catatan dengan label Persahabatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persahabatan. Papar semua catatan

Ahad, 13 September 2015

2015 MALAYSIA DAY FUN RIDE







'2015 MALAYSIA DAY FUN RIDE' berjaya diadakan pada Ahad 13 September, 2015 dengan kerjasama SSU Cycle dan KRT Taman-Taman Muhibbah. Seramai 128 peserta berbilang kaum mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 76KM. Seramai 20 peserta dari Lenggong dan 4 dari Cameron Highlands mengambil bahagian tahun ini.

 

 

Program ini di lancarkan oleh Datuk Haji Ahamed Fakeh Adam di Tapak Pasar Malam Taman Okid pada jam 7:30 pagi. Peserta pertama tiba adalah pada jam 12.40 p.m. Kayuhan kali ini agak jauh dan mencabar. Sebahagian besar tidak mampu menghabiskan kayuhan. Walaubagaimanapun, pada keseluruhannya peserta puas hati dengan penganjuran ini.

 
 
 
 
 


 
 




















Rabu, 18 September 2013

JALINAN MUHIBBAH DI PERKAMPUNGAN ORANG ASAL JALONG TINGGI






 
Sempena program SEMARAK HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2013, KSK Jalong telah mengadakan program Jalinan Muhibbah di Kampung Kenang, Jalong Tinggi pada 16 September, 2013. Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak untuk menjalin kerjasama dalam konteks Satukan Hati, Jatikan Diri.


Satu set jersi bola-sepak dan takraw telah disumbang oleh KSK Jalong kepada Kg. Pisang sementara 6 kampung diberi bola takraw dan jaring sebagai tanda persahabatan. Kampung-kampung yang menerima sumbangan takraw adalah Kg. Lawai, Kg. Awal, Kg. Landap, Kg. Larik, Kg. Langkor dan Kg. Kenang.
 
  










Ahli