Pada 21.3.2009, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput telah menganjurkan XPDC Jelajah Sungai Siput yang membawa mesej "Generasi Belia Bebas Jenayah". Program ini disertai oleh lebih kurang 130 peserta yang kebanyakkannya adalah belia. Kelab Sukan Komuniti Jalong dan PDRM Sungai Siput turut serta dalam program ini.
Program bermula jam 8.30 pagi dari Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput. Peserta dilepaskan oleh Ketua Inspektor Ribuan (PDRM) dan Ng Kah Choong (KSK Jalong). Jarak perjalanan lebih kurang 50 km meliputi taman-taman perumahan, kampung-kampung tradisi dan kampung-kampung baru. Peserta bergerak ke jalan raya Kuala Kangsar - Ipoh, Jalan Dato' See Khoon Lim, Jalan Lintang ke FELDA Lasah dan menuju ke Hospital Sungai Siput. Keluar semula ke jalan utama dan kembali ke Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput pada jaam 12:45 tengahari. Kami difahamkan bahawa ini adalah siri pertama dari 3 siri XPDC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan