Penduduk-penduduk kampung sabar menanti giliran
Taufik, Saidi, Ng ..... gaduhkah?
Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong telah mengaturkan program pemeriksaan kesihatan di Kampung Asap, Jalong Tinggi pada Ahad 22 Mac, 2009. Ini adalah projek kedua Pengerusi bersama Pfizer Care-A-Van. Projek pertama kali pada tahun 2001 di Kampung Kenang, Jalong Tinggi.
Cikgu mendidik anak-anak dengan CACING!
Penduduk-penduduk di Kampung Asap, Kampung Landap, Kampung Awal, Kampung Kelah dan Kampung Hektar dijemput untuk diperiksa. Pemeriksaan yang diadakan adalah BMI, tekanan darah, kandungan darah dan kolestrol. Kanak-kanak diberi ubat cacing dan vitamins serta pemeriksaan kutu. Sekiranya ada kutu, dia akan diberi ubat dan cara mencuci. Wanita diberi pendedahan dan kesedaran penyakit wanita. Kanak-kanak diajar cara-cara menjaga kebersihan diri.
Khairul, pakar uji darah
Memandangkan kekurangan sukarelawan pada hari tersebut, pemeriksaan mata tidak dapat dijalankan. Beberapa sukarelawan yang telah berjanji untuk membantu tidak dapat menunai janji mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Program ini bermula 10:00 pagi tetapi kehadiran kami pada jam 9:20 pagi didapati lokasi berkenaan telah dipenuhi oleh penduduk-penduduk kampung. Belum sempat kami dapat mengatur tempat, kehadiran penduduk bertambah ramai.
Pemeriksaan kutu
Kami bersyukur kerana En. Mat Seri, AJK KSK Jalong hadir membantu menterjemahkan bahasa. Ini memudahkan kerja-kerja anggota dari Pfizer dan sukarelawan KSK Jalong. Dalam usaha ini adalah didapati ramai orang asli mendapat darah tinggi dan kanak-kanak kekurangan iodine. Justeru itu, satu program kesedaran darah tinggi dan kolestrol akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Bernard sedang berinteraksi dengan masyarakat orang asli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan