Selasa, 16 September 2014

2014 MALAYSIA DAY FUN RIDE








 

16 September, 2014, KSK Jalong bersama-sama dengan pertubuhan masyarakat sivil yang lain [Persatuan Kebajikan & Komuniti Muhibbah, Belia Lestari Muhibbah, Kelab Rekreasi India Sungai Siput, Persatuan Orang Asli Semenanjung Cawangan S. Siput] dan KRT Taman-Taman Muhibbah serta KRT Kampung Muhibbah telah berjaya mengelolakan '2014 MALAYSIA DAY FUN RIDE'.


 


 

Seramai 320 peserta telah berkumpual di Tapak Pasar Malam Taman Okid sejak 6 pagi. Peserta dilepaskan oleh En. C. Sivarajj - Pegawai Khas kepada MB Perak tepat jam 7 pagi. Peserta-peserta turut mengambil bahagian dalam senamrobik selama 20 minit. Sebelum dilepaskan, semua hadirin menyanyikan 'Negeraku'.


 

Turut serta dalam pelepasan peserta adalah Y. Bhg. Dato' Hj. Ahamad Fakeh Adam (Penyelaras RT Parlimen Sg. Siput), Penghulu Mukim Sungai Siput. En. Ashokumar (Penggerak Perpaduan Parlimen Sg. Siput), En. Irwan (Penolong Pegawai PBS Sg. Siput).

Program ini mendapat kerjasama dan sokongan padu dari PDRM IPD Sungai Siput dan JPAM Sg. Siput. Kayuhan sejauh 50 KM melintasi pekan, kampung baru, kampung tradisional dan taman perumahan. Kumpulan pertama tiba pada jam 9:20 pagi.



 

Sebaik sahja semua peserta selamat kembali, cabutan bertuah oleh Puan Getrude (Pegawai PNIN Daerah), En. Ikhwan Ng (Penolong Pegawai PNIN Daerah), Mr Krishnan (Pengerusi IRC Sg. Siput) dan En. Sulaiman (Setiausaha NADI Sg. Siput). Sebanyak 36 peralatan basikal dihadiahkan.


 
   
 
 
 


Program ini berjaya merapatkan petubuhan-pertubuhan masyarakat sivil di Sg. Siput, interaksi antara kaum, gaya hidup sihat serta kesedaran pengurangan asap kenderaan. Program ini juga memboleh pihak pegawai-pegawai Kerajaan berinteraksi dengan masyarakat majmuk setempat.



 
 


 
 
 

 
 


 


 
 
 
 
 
Program ini berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan usia. Ada juga penyertaan keluarga. Peserta tertua dalam program ini adalah Kong Foo Sang, 76 tahun berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 50 KM! 












Sabtu, 16 Ogos 2014

MALAYSIA DAY FUN RIDE 2014







Sekumpulan pertubuhan masyarakat sivil di Sungai Siput (U) telah bergabung untuk menganjurkan "MALAYSIA DAY FUN RIDE 2014" pada 16 September, 2014. Lokasi bermula dan tamat di Dataran Taman Okid. 

Pertubuhan-pertubuhan yang terlibat adalah KSK Jalong, KRT Taman-Taman Muhibbah, KRT Kampung Muhibbah, Persatuan Kebajikan & Komuniti Muhibbah, NADI Sungai Siput, Belia Lestari Muhibbah, Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia Cawangan Sungai Siput dan Sungai Siput Indian Recreation Club. Bilangan pertubuhan dijangka bertambah.

Program ini terbuka kepada semua warganegara yang berumur 16 tahun ke atas, sihat tubuh badan, mempunyai basikal sendiri, tiada yuran penyertaan, T-shirt percuma kepada penyertaan awal. Jarak kayuhan adalah lebih kurang 45 KM. Borang boleh didapati di dan dikembalikan ke Pejabat Belia & Sukan Sungai Siput, selain dari itu borang juga boleh e-mel ke kskjalong@gmail.com.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Sungai Siput pada 15 Ogos, 2014 di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput. Turut hadir dalam Majlis ini adalah En. Redzuan (Pegawai Belia & Sukan Sg. Siput), ASP Roslan (Ketua Jabatan Ketenteraman Awam & Trafik PDRM Sg. Siput) dan Pn. Getrude (Pegawai Perpaduan Daerah Sungai Siput).


Objektif program ini adalah:
  • memperkasakan masyarakat sivil
  • mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarak majmuk
  • mengalakkan gaya hidup sihat
  • memupuk kesedaran pencemaran alam

Pendaftaran pada jam 6 pagi dan senamrobik serta taklimat keselamatan pada jam 6.30 pagi. Kayuhan bermula jam 7 pagi dan dijangka tamat pada jam 10 pagi diikuti dengan cabutan bertuah.












Rabu, 18 September 2013

JALINAN MUHIBBAH DI PERKAMPUNGAN ORANG ASAL JALONG TINGGI






 
Sempena program SEMARAK HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2013, KSK Jalong telah mengadakan program Jalinan Muhibbah di Kampung Kenang, Jalong Tinggi pada 16 September, 2013. Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak untuk menjalin kerjasama dalam konteks Satukan Hati, Jatikan Diri.


Satu set jersi bola-sepak dan takraw telah disumbang oleh KSK Jalong kepada Kg. Pisang sementara 6 kampung diberi bola takraw dan jaring sebagai tanda persahabatan. Kampung-kampung yang menerima sumbangan takraw adalah Kg. Lawai, Kg. Awal, Kg. Landap, Kg. Larik, Kg. Langkor dan Kg. Kenang.
 
  










Ahad, 3 Februari 2013

JELAJAH ANAK MALAYSIA






KSK Jalong dan Persatuan Kebajikan & Komuniti Muhibbah, Sg. Siput telah diberi tugas untuk menyelaras program Jelajah Anak Malaysia di Sungai Siput. Program ini disertai oleh 46 NGO yang bertindak sebagai agen penghubung antara kerajaan dan rakyat. Tujuan program ini lebih bersifat mendekati dan mendampingi rakyat samada di bandar mahupun luar bandar.

Sungai Siput adalah salah satu lokasi dan satu-satunya lokasi di negeri Perak dimana 'Rakyat Service Centre' diadakan. 16 agensi kerajaan khususnya ajensi dibawah Kementerian Dalam Negeri hadir membuka kaunter serta mengadakan pameran. Lokasi terpilih di Sungai Siput ialah perkarangan parkir TF Hypermart.

Seramai 100 mahasiswa dan alumni menyertaikan program ini bermula dari Putrajaya. Peserta ditempatkan di KEMAS Sungai Siput dan mengikuti program gotong royong 'Beautiful Malaysia' peringkat Sungai Siput pada Ahad, 9 Februari, 2013.

Pada malam Sabtu, 8 Februari, 2013 lebih kurang 3,000 orang membanjiri lokasi program. Hadirin dihiburkan dengan tarian klasik India, perkusi oleh kumpulan Perkusigatra, 'live band' MBD Sungai Siput dan tarian sewang dari masyarakat Orang Asal.


Peserta-peserta konvoi mengambil kesempatan menemuduga hadirin yang terdiri dari pelbagai kaum berkenaan dengan prestasi kerajaan semasa serta cadangan pembaikan yang diharapkan oleh masyarakat majmuk.











Ahli