KSK Jalong dan Persatuan Kebajikan & Komuniti Muhibbah, Sg. Siput telah diberi tugas untuk menyelaras program Jelajah Anak Malaysia di Sungai Siput. Program ini disertai oleh 46 NGO yang bertindak sebagai agen penghubung antara kerajaan dan rakyat. Tujuan program ini lebih bersifat mendekati dan mendampingi rakyat samada di bandar mahupun luar bandar.
Sungai Siput adalah salah satu lokasi dan satu-satunya lokasi di negeri Perak dimana 'Rakyat Service Centre' diadakan. 16 agensi kerajaan khususnya ajensi dibawah Kementerian Dalam Negeri hadir membuka kaunter serta mengadakan pameran. Lokasi terpilih di Sungai Siput ialah perkarangan parkir TF Hypermart.
Seramai 100 mahasiswa dan alumni menyertaikan program ini bermula dari Putrajaya. Peserta ditempatkan di KEMAS Sungai Siput dan mengikuti program gotong royong 'Beautiful Malaysia' peringkat Sungai Siput pada Ahad, 9 Februari, 2013.
Pada malam Sabtu, 8 Februari, 2013 lebih kurang 3,000 orang membanjiri lokasi program. Hadirin dihiburkan dengan tarian klasik India, perkusi oleh kumpulan Perkusigatra, 'live band' MBD Sungai Siput dan tarian sewang dari masyarakat Orang Asal.
Peserta-peserta konvoi mengambil kesempatan menemuduga hadirin yang terdiri dari pelbagai kaum berkenaan dengan prestasi kerajaan semasa serta cadangan pembaikan yang diharapkan oleh masyarakat majmuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan