Rabu, 5 Mei 2010

MOH FUTSAL GENERASI MUDA









Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput telah dipilih sebagai hos kejohanan Piala YAB Menteri Besar Perak - Moh FUTSAL Generasi Muda daerah Kuala Kangsar tajaan Sinar Harian pada 1 - 2 Mei, 2010. Johan daerah akan berentap di peringkat negeri.

Sebanyak 42 pasukan mengambil bahagian. KSK Jalong tidak ketinggalan menghantar 1 pasukan. Walau bagaimanapun, pasukan KSK Jalong gagal melepasi pusingan pertama.











Ahad, 7 Februari 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-4






KSK Jalong berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 pada 7 Februari, 2010 jam 10 pagi bertempat di DOR Kampung Bahagia. Perjalanan mesyuarat adalah lancar dan kehadiran adalah memuaskan.

Mesyuarat ini dirasmikan oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput, En. Khairul Azman.











Khamis, 28 Januari 2010

MAJLIS TAKLIMAT PEMBERIAN GERAN BAGI PROGRAM KECERGASAN OLEH LPKM





KSK Jalong telah dijemput ke majlis taklimat pemberian geran bagi program kecergasan ajensi / NGO oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia [LPKM] di Dewan Serbaguna, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak pada 28 Januari, 2010. Program ini adalah anjuran Lembaga Promosi Kecergasan Malaysia [LPKM] dengan  kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Ng Kah Choong, Pengerusi KSK Jalong menghadiri majlis ini bersama Mohd. Taufik, AJK KSK Jalong.

Pemberian geran oleh LPKM ini adalah disambut baik dan ia adalah sesuai untuk dilaksanakan oleh KSK Jalong. Namun begitu syarat-syarat yang dikenakan adalah diluar kawalan KSK Jalong diantaranya adalah penetapan sasaran penyertaan seramai 150 orang (minima) dan mengadakan latihan di gimnasium 1 sekali seminggu.

Walaubagaimanapun, KSK Jalong akan cuba melaksanakan beberapa program. Diantaranya adalah senam-cergas, berjalan untuk kesihatan, sukan [FUTSAL, 3x 3 Bola keranjang, tari jalanan]. Untuk makluman semua, Pengerusi KSK Jalong (Ng Kah Choong) telah pun menyediakan kertas-kerja untuk program-program tersebut. Cuma pengerak sahaja yang belum ditentukan.










Rabu, 23 Disember 2009

PENEMPATAN PERALATAN SUKAN







Penyerahan peralatan sukan di Kampung Pisang

KSK Jalong telah menempatkan sepasang tiang gol FUTSAL, sepasang tiang bola jaring serta bola FUTSAL dan bola jaring di Kampung OA Pisang pada 23.12.2009. Peralatan ini diserah oleh Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong kepada Batin Nasiri disaksi oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah, En. Amer Izzuddin serta beberapa AJK KSK Jalong.

Sepasang tiang bola jaring dan sebiji bola jaring juga ditempatkan di Kampung Jaya Setia pada hari yang sama. Sepasang tiang gol FUTSAL akan ditempat di Kampung OA Kenang tidak lama lagi.

Ini bukan kali pertama KSK Jalong menempatkan peralatan sukan. Sepasang tiang gol FUTSAL telah lama ditempatkan di Taman Muhibbah Jaya dan sepasang lagi di Kampung Muhibbah. Tiang gol di Kampung Muhibbah telah diambil balik kerana ia tidak dijaga. Sebelum ini sepasang tiang bola jaring dan tiang gol FUTSAL pernah ditempatkan di Kampung Bahagia.

Bola-bola yang diguna semasa liga / Karnival sukan Komuniti dahulu juga telah diberi kepada sekolah-sekolah.

Penempatan tiang gol FUTSAL dan bola jaring ke kampung-kampung adalah sebahagian dari usaha KSK Jalong untuk membantu mengalakkan sukan di tempat-tempat tersebut. Anak-anak muda dapat bermain setiap petang. FUTSAL tidak memerlukan kawasan yang luas adalah sesuai dan tren zaman ini. Selain dari itu, peralatan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak yang memerlukannya. Sekiranya peralatan tersebut disimpan di dalam stor KSK Jalong ia tidak memberi manfaat kepada sesiapa dan ia adalah pembaziran.

Penempatan peralatan ini tiada tempoh masa cuma dengan syarat peralatan ini dijaga supaya ia tidak dirosakkan sewenang-wenangnya. Sekiranya peralatan tersebut rosak ia adalah tanggungjawab kampung yang berkenaan untuk membaikinya. Tiada gantian oleh KSK Jalong. Ia juga merupakan satu usaha meningkatkan kesedaran "sense of belonging" kepada masyarakat setempat.















Isnin, 21 Disember 2009

LIGA FUTSAL WANITA CERGAS





KSK Jalong mengambil bahagian dalam Liga FUTSAL Wanita Cergas pada 19.12.2009 di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput anjuran Majlis Belia Daerah Sungai Siput dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput. Sebanyak 7 pasukan mengambil bahagian.

Pasukan FUTSAL wanita KSK Jalong yang diuruskan oleh Cik Juliana Muhamad dan dilatih oleh En. Mohd. Taufik Mohamad Latif menduduki tempat ke-2 dalam liga tersebut. Ini adalah satu pencapaian yang amat memuaskan memandangkan pasukan FUTSAL wanita KSK Jalong baru ditubuhkan dalam tempoh seminggu. Kesemua pemain tidak pernah bermain FUTSAL! Ini adalah pertama kali bermain dalam pertandingan.

KSK Jalong tewas di tangan Puteri Gopeng dalam perlawanan akhir. Pasukan lawan adalah sebuah pasukan yang berpengalaman dan telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan FUTSAL wanita sebelum ini. Tambahan pula pasukan tersebut mempunyai pemain negeri.

SYABAS dan TAHNIAH pasukan FUTSAL wanita KSK Jalong!










'09 SUNGAI SIPUT TENPIN BOWLING TOURNAMENT






KSK Jalong telah mengambil bahagian dalam kejohanan "09 Sungai Siput Tenpin Bowling Tournament" anjuran Belia Lestari Muhibbah, Sungai Siput pada 12 Disember, 2009 di Ampang Bowl, Ipoh. Sebanyak 14 pasukan mengambil bahagian. KSK Jalong menduduki tangga ke-5 dalam kejohanan terebut. Ini adalah satu kedudukan yang memuaskan memandangkan KSK Jalong hanya menghantar pasukan secara bidan terjun.

Pada permulaannya, KSK Jalong agak keberatan untuk mengambil bahagian kerana ia diadakan di Ipoh dan bukan sebagai usaha mencungkil bakat-bakat baru. Ia tidak selari dengan objektif kelab sukan komuniti. Walaubagaimanapun atas dasar kesetiakawanan dengan Belia Lestari Muhibbah, KSK Jalong mengambil bahagian.








Ahad, 1 November 2009

RM2 JUTA UNTUK BELIA - BAJET 2010 NEGERI PERAK






Y.A.B. Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry menyatakan dalam perasmian Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua 2009 pada 31.10.2009 bahawa kerajaan negeri Perak telah memperuntukan sebanyak RM2 juta untuk penyupayaan belia dalam bajet 2010.

Ini adalah kali pertama kerajaan negeri menyediakan bajet khusus untuk belia kerana kerajaan negeri memandang serius belia sebagai aset penting negara. Peruntukan ini juga melambangkan kerajaan negeri adalah komited ke atas pengupayaan belia. Pengabaian golongan belia hanya membebankan kerajaan pada jangka masa panjang.

Sesungguhnya, belia harus bertindak sebagai ajen perubahan dan rakan pembangunan kerajaan.











Ahli