Isnin, 21 Disember 2009

LIGA FUTSAL WANITA CERGAS





KSK Jalong mengambil bahagian dalam Liga FUTSAL Wanita Cergas pada 19.12.2009 di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput anjuran Majlis Belia Daerah Sungai Siput dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput. Sebanyak 7 pasukan mengambil bahagian.

Pasukan FUTSAL wanita KSK Jalong yang diuruskan oleh Cik Juliana Muhamad dan dilatih oleh En. Mohd. Taufik Mohamad Latif menduduki tempat ke-2 dalam liga tersebut. Ini adalah satu pencapaian yang amat memuaskan memandangkan pasukan FUTSAL wanita KSK Jalong baru ditubuhkan dalam tempoh seminggu. Kesemua pemain tidak pernah bermain FUTSAL! Ini adalah pertama kali bermain dalam pertandingan.

KSK Jalong tewas di tangan Puteri Gopeng dalam perlawanan akhir. Pasukan lawan adalah sebuah pasukan yang berpengalaman dan telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan FUTSAL wanita sebelum ini. Tambahan pula pasukan tersebut mempunyai pemain negeri.

SYABAS dan TAHNIAH pasukan FUTSAL wanita KSK Jalong!










Tiada ulasan:

Ahli