Rabu, 23 Disember 2009

PENEMPATAN PERALATAN SUKAN







Penyerahan peralatan sukan di Kampung Pisang

KSK Jalong telah menempatkan sepasang tiang gol FUTSAL, sepasang tiang bola jaring serta bola FUTSAL dan bola jaring di Kampung OA Pisang pada 23.12.2009. Peralatan ini diserah oleh Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong kepada Batin Nasiri disaksi oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah, En. Amer Izzuddin serta beberapa AJK KSK Jalong.

Sepasang tiang bola jaring dan sebiji bola jaring juga ditempatkan di Kampung Jaya Setia pada hari yang sama. Sepasang tiang gol FUTSAL akan ditempat di Kampung OA Kenang tidak lama lagi.

Ini bukan kali pertama KSK Jalong menempatkan peralatan sukan. Sepasang tiang gol FUTSAL telah lama ditempatkan di Taman Muhibbah Jaya dan sepasang lagi di Kampung Muhibbah. Tiang gol di Kampung Muhibbah telah diambil balik kerana ia tidak dijaga. Sebelum ini sepasang tiang bola jaring dan tiang gol FUTSAL pernah ditempatkan di Kampung Bahagia.

Bola-bola yang diguna semasa liga / Karnival sukan Komuniti dahulu juga telah diberi kepada sekolah-sekolah.

Penempatan tiang gol FUTSAL dan bola jaring ke kampung-kampung adalah sebahagian dari usaha KSK Jalong untuk membantu mengalakkan sukan di tempat-tempat tersebut. Anak-anak muda dapat bermain setiap petang. FUTSAL tidak memerlukan kawasan yang luas adalah sesuai dan tren zaman ini. Selain dari itu, peralatan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak yang memerlukannya. Sekiranya peralatan tersebut disimpan di dalam stor KSK Jalong ia tidak memberi manfaat kepada sesiapa dan ia adalah pembaziran.

Penempatan peralatan ini tiada tempoh masa cuma dengan syarat peralatan ini dijaga supaya ia tidak dirosakkan sewenang-wenangnya. Sekiranya peralatan tersebut rosak ia adalah tanggungjawab kampung yang berkenaan untuk membaikinya. Tiada gantian oleh KSK Jalong. Ia juga merupakan satu usaha meningkatkan kesedaran "sense of belonging" kepada masyarakat setempat.















Tiada ulasan:

Ahli