Sabtu, 25 Oktober 2014

2014 FUN HOCKEY









Kelab Sukan Komuniti Jalong berjaya menganjurkan '2014 Fun Hockey' pada 25 Oktober, 2014 di SMK Methodist. 10 pasukan mengambil bahagian. Ia adalah salah satu usaha 'sukan untuk semua' yang berkonsep:
  • meningkat tahap kesihatan masyarakat setempat
  • mengekalkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat
  • menggalakkan penyertaan semua masyarakat
  • bukan berunsur pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa semata-mata
  • merupakan aktiviti rekreasi berbentuk fizikal dan sukan spontan yang diurus untuk tujuan penggalakkan penyertaan meluas


2 pemain antarabangsa dan 5 pemain negeri mengambil bahagian. Kesemua pemain-pemain ini adalah anak tempatan. Kehadiran mereka bukan sahaja meriahkan program malahan sebagai galakkan kepada pemain-pemain muda untuk maju dalam sukan ini. Beberapa pemain veteran turut mengambil bahagian.



Kesemua pemain-pemain ini bertindak sebagai 'motivator', mentor dan pembimbing kepada pemain muda. Ini adalah saat-saat yang membanggakan pemain-pemain muda bermain bersama pemain antarabangsa, negeri dan veteran. Jarang sekali mendapat peluang sebegitu.






Y. Bhg. Dato' Elango, Penasihat Menteri Besar (diwakili oleh En. Ganesan Kenas), En. Ashokumar, Ketua Pemuda MIC Bahagian Sg. Siput dan En. Letchumanan, Penasihat KSK Jalong hadir dalam majlis penyampaian hadiah.



Penganjuran program ini menepati slogan kelab sukan komuniti - Satukan Hati, Jatikan Diri. Ia juga menepati objektif  - mengukuhkan keakraban komuniti melalui sukan.














Tiada ulasan:

Ahli