Ahad, 18 September 2011

MALAYSIA DAY FUN RIDE






                Ahli-ahli Jawatankuasa KSK Jalong & KRT Taman-Taman Muhibbah sebagai "marshall"

KSK Jalong dengan kerjasama KRT Taman-Taman Muhibbah, Sungai Siput telah menganjurkan program "Malaysia Day Fun Ride" pada Ahad, 18.9.2011 sempena sambutan Hari Malaysia. Turut menjayakan program ini adalah PDRM IPD Sungai Siput.
S/U KSK Jalong - jaga air & pisang!
AJK KSK Jalong - marshall Gopal
          
Seramai 180 pengayuh basikal mengambil bahagian. Peserta yang tertua berusia 76 tahun dan termuda 11 tahun. 15 wanita turut menyertai program ini. ASP Ramli mengetuai beberapa anggota PDRM IPD Sungai Siput.

 
Peserta berkumpul di Dataran Sungai Siput

Program ini bermula 8:00 a.m. dari Dataran Sungai Siput dilepaskan oleh En. Nithiananda Jawahar a/l A.M.S. Periasamy, Penyelaras BN DUN Jalong. Peserta berkayuh sejauh 40 Km ke destinasi iaitu Kampung Sg. Plantuk, sebuah perkampungan orang asal dalam zon Jalong Tinggi.

Tujuan program ini adalah menyambut Hari Malaysia dengan penyertaan masyarakat berbilang kaum dengan harmoni, mengalakkan perpaduan dan persefahaman masyarakat majmuk serta menyebarkan kesedaran gaya hidup sihat.
 
Berhenti rehat di persimpangan ke Kg. Jaya Setia

Peserta program disambut meriah oleh penduduk-penduduk kampung. Penduduk kampung bergotong-royong menyediakan makan minum untuk peserta. KSK Jalong memberi beberapa biji bola sepak dan bola takraw kepada masyarakat orang asal, manakala KRT Taman-Taman Muhibbah memberi peralatan permainan kanak-kanak. Kedua-dua acara ini disaksi oleh En. Nithiananda Jawahar a/l A.M.S. Periasamy dan ASP Ramli.
Rumah tradisional yang telah usang 

Program 'Malaysia Day Fun Ride' ini berjaya menarik penyertaan dari masyarakat berbilang kaum dan peringkat usia! Melayu, Cina dan orang asal secara langsung dan masyarakat India secara tidak langsung.

Berehat setiba di Pos Plantuk

ASP Ramli berharap program ini seumpama ini dapat diadakan lebih kerap untuk menjalin keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk. Beliau gembira dengan penglibatan masyarakat berbilang kaum.
Wanita orang asal turut membantu

Peserta-peserta program

En. Nithiananda turut gembira melihat penyertaan masyarakat berbilang kaum dan sambutan penduduk Kampung Plantuk. Beliau bersetuju program ini harus diadakan lebih kerap dengan penyertaan lebih ramai. Beliau juga akan memberi perhatian ke atas permintaan masyarakat setempat.

Menjamu selera di Kg. Plantuk











Tiada ulasan:

Ahli