Sabtu, 17 September 2011

KEJOHANAN FUTSAL - Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Perak









Pasukan FUTSAL Wanita KSK Jalong dipilih mewakili Sungai Siput dalam Kejohanan FUTSAL Liga Untuk Semua Peringkat Negeri Perak setelah menduduki tangga ke-2 dalam Liga Sukan Untuk Semua Peringkat Daerah beberapa bulan yang lalu. Kejohanan FUTSAL Liga Untuk Semua Peringkat Negeri Perak diadakan pada Sabtu, 17 September, 2011 bertempat di Pusat FUTSAL PURNAMA, Kamunting.


KSK Jalong mencapai kejutan kerana berjaya ke pusingan ke-2. Pemain-pemain tidak menyangka mereka berjaya ke peringkat ini kerana kesemua pemain adalah baru dan tidak berpengalaman. Kegagalan ke pusingan seterusnya tidak melemahkan para pemain untuk berusaha lebih gigih lagi. Pencapain ini adalah galakkan untuk lebih berjaya kelak.

Menurut Pengurus pasukan, Mohd. Taufik  bin Mohd. Latif, kejohanan ini diadakan dalam musim peperiksaan menyebabkan beberapa pemain tidak dapat bermain. Beliau puas hati dengan pencapaian ini kerana ia adalah pencapaian terbaik. Pemain-pemain dapat menimba pengalaman tambah beliau.

Tiada ulasan:

Ahli