KSK Jalong telah mengadakan program Senam Cergas Komuniti Muhibbah di Kampung Kenang, Jalong Tinggi, Sungai Siput. Tujuan program ini adalah mempromosikan kesedaran kesihatan kepada masyarakat luar bandar. Program ini mendapat sumbangan dari Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia [LPKM]. Pihak LPKM telah menghantar nazir untuk memantau perjalanan program.
Kampung Kenang adalah sebuah perkampungan orang asal. Anggaran kasar penduduk kampung ini adalah seramai lebih kurang 500 orang. Turut hadir dalam program adalah ahli-ahli 'Crime Awareness Team' Sungai Siput.
Sambutan dari masyarakat orang asal khususnya belia adalah mengalakkan. Program ini mendapat sokongan dari Ketua UMNO Cawangan Landap serta batin-batin dari kampung-kampung yang berdekatan. Dukacita dimaklumkan bahawa AJK KSK Jalong dari masyarakat orang asal iaitu Mat Seri Pandak gagal melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada dia.
Selain dari senam cergas, pemeriksaan kesihatan turut diadakan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput. Pejabat Kesihatan Daerah juga mengadakan pengesanan Tibi dikalangan masyarakat orang asal. Beberapa sampel kahak dari masyarakat orang asal diambil untuk ujian.
Jabatan Pendaftaran Negara turut hadir memberi taklimat berkenaan dengan masalah sijil beranak serta kad pengenalan. JPN dijangka turun bersama JKOA pada 20 - 21 Julai depan untuk menyelesaikan masalah pendaftaran lewat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan