Pn. Azlina Nazri (Naib Pengerusi KSK Jalong) dan Pn. Juliana (AJK KSK Jalong)
KSK Jalong mengadakan program Senam Cergas Komuniti Muhibbah di Kampung Kenang, Jalong Tinggi, Sungai Siput (U) pada 26 Jun, 2011 (Ahad) dari jam 7:30 a.m. - 8:30 a.m. Program ini di adakan di parkir S.K. Kg. Kenang.
En. Sean S.L. Lee, Nazir LPKM turut mengambil bahagian.
Program susulan adalah pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar. Seramai 10 anggota kerja Pejabat Kesihatan Daerah serta anggota kerja dari Klinik Kesihatan Kecil Sg. Siput dan Karai dan Klinik Desa Kenang turut hadir membantu.
Sampel kahak turut diambil dari beberapa orang asal untuk ujian penyakit Tibi. Penyakit ini adalah biasa di kalangan masyarakat orang asal. Simptom Tibi adalah batuk melebehi seminggu, deman panas, tiada selera makan dan berat badan menurun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan