Selasa, 10 Jun 2008

XPDC GUNUNG CENGKEI





Pemburu haram?????

Ada linekah? Tiada line jadi penunggu pulak!


Lihat perutku! Puas makan angin! Majlis pertabalan Batin Taufik di Gunung Cengkei .........



Komando-komando sesat!

KSK Jalong telah merancangkan XPDC Gunung Cengkei sejak 2 tahun yang lalu. Cabaran diuji pada 7 - 8 Jun, 2008. Gunung Cengkei terletak di Hutan Rizab Korbu dengan ketinggian 1,024 m dari aras laut. Seramai 5 ahli KSK Jalong cuba menawan gunung tersebut i.e. Ng Kah Choong - Pengerusi, Jayagopi - Setiausaha, V. Krishna Kumar - AJK, Sahul Hameed - Penolong Setiausaha dan Taufik Latiff. 3 orang asli bertindak sebagai pemandu.



Kumpulan ini gagal ke puncak kerana keadaan cuaca semasa mendaki yang tidak mengizinkan. Tambahan pula kawasan ini adalah hutan dara dan tiada laluan. Pemandu berpandukan pengalaman mereka. Walaubagaimanapun mereka bertindak di baris depan membuka laluan kepada kumpulan KSK Jalong.




Adalah difahamkan orang asli dari kampung berdekatan dapat sampai ke puncak dan balik dalam masa 1 hari. Kumpulan ini hanya berjaya sampai ke tengah gunung! Jangan mudah termakan kenyataan orang asli ..... 1 jam mereka bergerak adalah 4 jam orang bandar bergerak !!!!!


















Tiada ulasan:

Ahli