Pertandingan Sepak Takraw Amatur Perak diadakan pada 11 November, 2007 bertempat di gelanggang bola keranjang tertutup Kampung Baru Jalong. Sebanyak 36 regu mengambil bahagian. Johan diberi wang tunai RM500, naib johan RM300, ketiga RM200 dan keempat RM100. Yuran penyertaan adalah RM50 sahaja. Pertandingan ini adalah anjuran bersama KSK Jalong dan Kelab Rakan Muda Parlimen Sungai Siput dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput.
Aksi-aksi pertandingan
Siapa sangka KSK Jalong mengadakan pertandingan ini di kampung baru yang 100% penduduknya adalah Cina. Siapa sangka pertandingan ini telah menarik ramai penonton-penonton dari kampung baru tersebut. Siapa kata perpaduan kaum tanahair tidak kukuh. JKK Kampung Baru bersetuju gelanggang tertutup tersebut digunakan untuk pertandingan sepak takraw. Tempat duduk bertingkat di dalam gelanggang tertutup hampir dipenuhi penonton dari awal pertandingan hingga akhir.
Pertandingan ini bukan sahaja mendapat pujian dan sambutan dari penduduk-penduduk kampung baru malahan pemain-pemain mengakui bermain di gelanggang tertutup adalah selesa dan memuaskan.
En. Cheah Chee Kuan dan En. Amer Izzuddin, Pegawai Belia Sungai Siput hadir memberi saguhati kepada pemenang.
Tetamu khas, En. Amer Izzuddin dan En. Cheah Chee Kuan menyampaikan saguhati kepada pemenang.
Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua tetamu kehormat