PERHATIAN!
Semua Ahli KSK Jalong diminta untuk mengemaskini nombor telefon bimbit terkini kepada Setiausaha atau sms Nama bersertakan No I/C ke nombor berikut 016-5989663. Semua ahli yang berdaftar akan dimaklumkan melalui mesej pesanan ringkas (SMS) mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan.
~SMS Server ~
Rabu, 29 Oktober 2008
Selasa, 26 Ogos 2008
LION HILL
Puncak 'Lion Hill' - sukar tetapi seronok!
Ke puncak ........ gerun????KSK Jalong telah mengadakan dakian Bukit Kamuning pada 13 Julai, 2008 dan 24 Ogos, 2008. Bukit Kamuning yang lebih dikenali sebagai 'Lion Hill' adalah puncak tertinggi di Sungai Siput. Ketinggianya adalah 653m dari aras laut. Bukit Kamuning dikelilingi oleh ladang kelapa sawit milik Kumpulan Guthrie. Dahulu adalah ladang getah.
Dakian pertama pada 13 Julai, 2008. Ini adalah kali pertama beberapa ahli KSK Jalong mendaki bukit ini. Pengerusi KSK Jalong telah mendaki bukit ini beberapa kali sebelum ini. Bukit ini memang sering didaki oleh pemuda-pemudi pada tahun 1970an - 1980an.
Pengerusi KSK Jalong menuruni cerun ... bestlahhhhh !!!!!!
Selasa, 10 Jun 2008
XPDC GUNUNG CENGKEI
Pemburu haram?????
Ada linekah? Tiada line jadi penunggu pulak!

Lihat perutku! Puas makan angin! Majlis pertabalan Batin Taufik di Gunung Cengkei .........
Lihat perutku! Puas makan angin! Majlis pertabalan Batin Taufik di Gunung Cengkei .........
Komando-komando sesat!
KSK Jalong telah merancangkan XPDC Gunung Cengkei sejak 2 tahun yang lalu. Cabaran diuji pada 7 - 8 Jun, 2008. Gunung Cengkei terletak di Hutan Rizab Korbu dengan ketinggian 1,024 m dari aras laut. Seramai 5 ahli KSK Jalong cuba menawan gunung tersebut i.e. Ng Kah Choong - Pengerusi, Jayagopi - Setiausaha, V. Krishna Kumar - AJK, Sahul Hameed - Penolong Setiausaha dan Taufik Latiff. 3 orang asli bertindak sebagai pemandu.
Kumpulan ini gagal ke puncak kerana keadaan cuaca semasa mendaki yang tidak mengizinkan. Tambahan pula kawasan ini adalah hutan dara dan tiada laluan. Pemandu berpandukan pengalaman mereka. Walaubagaimanapun mereka bertindak di baris depan membuka laluan kepada kumpulan KSK Jalong.
Adalah difahamkan orang asli dari kampung berdekatan dapat sampai ke puncak dan balik dalam masa 1 hari. Kumpulan ini hanya berjaya sampai ke tengah gunung! Jangan mudah termakan kenyataan orang asli ..... 1 jam mereka bergerak adalah 4 jam orang bandar bergerak !!!!!
Selasa, 20 Mei 2008
MOH! BERSENAM
SENAMROBIK - setiap pagi hari minggu
SENAMROBIK - Liga Sukan Komuniti 2006
SENAMROBIK - Larian Muhibbah
SENAMROBIK - Liga Sukan Komuniti 2007


Program 'MOH! BERSENAM' dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput pada 18 Mei, 2008. Kelab Rakan Muda Parlimen Sungai Siput dan KSK Jalong terlibat sama dalam program ini secara langsung. Ia adalah acara senamrobik. Program ini di adakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput mendapat sambutan dari masyarakat pelbagai lapisan usia.
KSK Jalong telah mulai mengadakan senamrobik setiap pagi hari minggu di Taman Muhibbah Jaya dari 7:00 pagi - 9:00 pagi. Program ini telah diadakan sejak awal tahun dan kini masih berterusan. Kami mendapat khidmat instruktor senamrobik bertauliah malahan beberapa pelatih telah dilatih untuk memimpin program ini.
Senamrobik sering dijadikan acara memanas badan pada setiap program KSK Jalong sejak dari awal lagi.
Setelah program MOH! BERSENAM selesai pada jam 10:00 pagi, KSK Jalong mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 di cafetaria sekolah. Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 dirsamikan oleh En. Amer Izzuddin, Pegawai Belia dan Sukan Sungai Siput.

Program MOH! BERSENAM
Langgan:
Catatan (Atom)




