Ahad, 15 April 2007

KURSUS PEMBANGUNAN KEPIMPINAN



Ucapan Pegawai Belia dan Sukan, Puan Maizatul

Ucapan majlis penutup Y. Bhg. Dato' Hj. Dzulkifly Hj. Haron


KSK Jalong dijemput menghantar beberapa pemimpin baru menyertai kursus Pembangunan Kepimpinan [Belia Berpesatuan] di Suria Beach Resort, Pulau Pangkor anjuran Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput dan Majlis Belia Daerah Sungai Siput (MBD Sungai Siput) pada 13 - 15 April, 2007. Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong yang juga Timbalan Pengerusi MBD Sungai Siput diberi slot bertajuk "Kepimpinan".



Ahli-ahli jawatankuasa KSK Jalong yang menyertai kursus ini adalah Syed Mohd. Daud (Naib Pengerusi), Rosninani bt. Ali (Bendahari), Norazlina bt Nazri (AJK) dan Sahul Hameed (AJK). Ahli-ahli KSK Jalong yang turut serta adalah Mohd. Taufik, Din Burger dan Atoi.














































Khamis, 5 April 2007

BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI


Naib-Naib Pengerusi KSK Jalong, G.N. Gopalan dan Syed Daud bersama Pn. Maizatul, Pegawai Belia memberi taklimat kepada peserta bengkel.

Sebahagian peserta-peserta bengkel


KSK Jalong telah menghantar 40 ahli jawatankuasa dan sukarelawan ke Bengkel Pengurusan Organisasi yang diadakan di Pulau Langkawi oleh Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput pada 15 - 17 Julai, 2007.



Peserta-peserta bengkel


Penghantaran ahli-ahli jawatankuasa dan sukarelawan KSK Jalong ke bengkel ini adalah wajar dan tepat untuk tujuan pembangunan modal insan. Peserta-peserta bengkel telah didedahkan pengetahuan baru dalam usaha memantapkan KSK Jalong sebagai sebuah organisasi yang unggul. Slot ketrampilan imej merupakan slot yang paling diminati oleh peserta.

Penceramah


KSK Jalong yang baru ditubuhkan memerlukan ramai ahli-ahli yang berpengalaman dan berpengetahuan. Kehadiran ahli-ahli yang berpengalaman dan berpengetahuan ini dapat membentuk KSK Jalong sebagai sebuah organisasi yang berintegriti dan berkredibiliti.


Cenderahati kepada penceramah oleh Pn. Maizatul, Pegawai Belia

Ahad, 18 Mac 2007

PROGRAM KOMUNITI REMAJA Y2Y PARLIMEN SUNGAI SIPUT




Persembahan peserta

Setiausaha KSK Jalong, Jayagopi memberi penerangan kepada peserta

Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput dan Majlis Belia Daerah Sungai Siput telah menganjurkan program Komuniti Remaja Y2Y Parlimen Sungai Siput pada 15 - 17 Mac, 2007 di Kelimat Resort, Kampung Kelimat. Y. B. Dato' Samy Vellu, Ahli Parlimen Sungai Siput merangkap Menteri Kerja Raya Malaysia merasmikan majlis penutup program tersebut pada 17.3.2007. Tetamu khas yang turut hadir adalah En. Zalkeri (Pengarah Belia dan Sukan Negeri Perak), En. Azrul Sani (Penolong Pegawai Daerah Sungai Siput) dan Y. Bhg. Dato' Haji Dzulkifly (Ketua UMNO Bhg. Sg. Siput).







Seramai 92 peserta pelbagai kaum di Sungai Siput mengambil bahagian. KSK Jalong diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sukaneka diketuai oleh Setiausaha KSK Jalong, T. Jayagopi dibantu oleh G. Gopalan, AJK KSK Jalong. Seramai 12 ahli KSK Jalong yang lain turut hadir membantu mengurus program ini bersama Pejabat Belia.























































Isnin, 25 Disember 2006

LIGA SUKAN KOMUNITI 2006



Acara FUTSAL adalah sukan yang mula dipertandingkan dalam sesi Liga Sukan Komuniti DUN Jalong 2006 pada 10 September, 2006 di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput. Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian.

Bola keranjang 3 X 3 adalah acara kedua pada 15 Oktober, 2006 di Kampung Baru Rimba Panjang. Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Di ikuti acara bola jaring pada 19 November, 2006 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput. Sepak takraw menutup tirai Liga Sukan Komuniti 2006 pada 24 Disember, 2006 di S.M.K. Muhibbah. Sebanyak 23 regu mengambil bahagian.



KSK Jalong mengikuti kesemua syarat-syarat Liga Sukan Komuniti sepertimana yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Selasa, 26 September 2006

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN SUKAN MASSA 2006

KSK Jalong telah dijemput menghadiri Kursus Pemantapan Pengurusan dan Kepimpinan Sukan MASSA 2006 pada 19 - 22 September, 2006 di Kompleks Rakan Muda Taiping. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan belia dan Sukan Negeri Perak.
Sepertimana tajuk kursus, peserta-peserta kursus didedah kepada pengurusan yang lebih cekap dan professional. Pengurusan organisasi, pengurusan kewangan, pengendalian mesyuarat, penghantaran laporan tahunan, sistem penyimpanan dokumen dan data serta komunikasi.
Pengerusi Penaja KSK Jalong, Ng Kah Choong dan AJK, Mat Seri Pandak menghadiri kursus ini.

Ahli