Ahad, 26 Jun 2011

SENAM CERGAS KOMUNITI MUHIBBAH - Kampung Kenang







KSK Jalong telah mengadakan program Senam Cergas Komuniti Muhibbah di Kampung Kenang, Jalong Tinggi, Sungai Siput. Tujuan program ini adalah mempromosikan kesedaran kesihatan kepada masyarakat luar bandar. Program ini mendapat sumbangan dari Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia [LPKM]. Pihak LPKM telah menghantar nazir untuk memantau perjalanan program.

Kampung Kenang adalah sebuah perkampungan orang asal. Anggaran kasar penduduk kampung ini adalah seramai lebih kurang 500 orang. Turut hadir dalam program adalah ahli-ahli 'Crime Awareness Team' Sungai Siput.


Sambutan dari masyarakat orang asal khususnya belia adalah mengalakkan. Program ini mendapat sokongan dari Ketua UMNO Cawangan Landap serta batin-batin dari kampung-kampung yang berdekatan. Dukacita dimaklumkan bahawa AJK KSK Jalong dari masyarakat orang asal iaitu Mat Seri Pandak gagal melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada dia.


Selain dari senam cergas, pemeriksaan kesihatan turut diadakan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput. Pejabat Kesihatan Daerah juga mengadakan pengesanan Tibi dikalangan masyarakat orang asal. Beberapa sampel kahak dari masyarakat orang asal diambil untuk ujian. 


Jabatan Pendaftaran Negara turut hadir memberi taklimat berkenaan dengan masalah sijil beranak serta kad pengenalan. JPN dijangka turun bersama JKOA pada 20 - 21 Julai depan untuk menyelesaikan masalah pendaftaran lewat.










Isnin, 20 Jun 2011

Larian Senam Cergas Sungai Siput







KSK Jalong telah berkerjasama dengan Majlis Belia Daerah Sungai Siput dan Pejabat Belia & Sukan Daerah Sungai Siput dalam mengendalikan program Larian Senam Cergas dan Charity Ria Rakan Muda Sungai Siput pada 19 Jun, 2011 (Ahad) bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput. Belia pelbagai kaum mengambil bahagian.

 
 
 
KSK Jalong telah mengadakan senam cergas sejak 2007 hingga sekarang. Ia diadakan pada setiap pagi Ahad dikendali oleh Naib Pengerusi Wanita, Pn. Norazlina bt. Nazri. Instruktor senam cergas adalah Pn. Juliana, AJK KSK Jalong. Program ini menumpu kepada golongan hawa.

Ahad, 2 Januari 2011

KUNJUNGAN 1MALAYSIA






Menandatangan buku lawatan 

Kampung Husin, pandangan dari Kampung Lawai

KSK Jalong memulakan takwim 2011 dengan kunjungan ke Kampung Lawai, Jalong Tinggi pada 1 Januari, 2011.
  
                                            Meter eletrik ke setiap rumah                                           Rumah tradisi

Kampung Lawai adalah sebuah kampung orang asal yang tertinggi dan terjauh dalam zon penempatan masyarakat orang asal Jalong Tinggi. Perkampungan ini terletak lebih kurang 1,000 m dari aras laut.  Jarak dari pekan adalah lebih kurang 30 KM. Udara di kampung ini adalah nyaman dan dingin. Puncak Gunung Korbu, Gunung Yong Yap dan tanah tinggi Cameron Highlands boleh dilihat dengan jelas. Sekiranya ada laluan, jarak Kampung Lawai ke Ulu Kinta hanya lebih kurang 6 KM.

 
Buah-buahan yang ditanam 

Mat Seri bin Pandak, ahli jawatankuasa KSK Jalong adalah seorang pemimpin masyarakat orang asal yang tinggal di kampung ini. 

Buah durian dan buah lara

Kampung ini telah dilengkapi dengan bekalan eletrik dan air bersih baru-baru ini. Kesemua ini tidak berlaku sekiranya tiada usaha dari kedua-dua mantan wakil rakyat iaitu Dato' Seri Samy Vellu (Ahli Parlimen Sungai Siput) dan Dato' Chang Ko Youn (ADUN Jalong). Perjalanan ke kampung ini selesa dengan jalan bertar; cuma terdapat beberapa kerosakan jalan dan jalan kecil yang membahayakan pengguna.

Buah lara

Jumlah penduduk kampung ini adalah lebih kurang 80 orang. Kebanyakkan penduduk di sini bekerja di ladang-ladang kelapa sawit berdekatan. 3 dari penduduk di sini adalah penjawat awam. Aktiviti masa lapang adalah memburu, mencari hasil hutan dan cucuk tanam.

  











Sabtu, 11 Disember 2010

SUMBANGAN PERALATAN SUKAN







KSK Jalong telah menyumbang peralatan sukan kepada masyarakat orang asal di Kampung Plantuk, Jalong Tinggi. Sumbangan berupa sepasang jaring gol dan 4 biji bolasepak sempena penganjuran pertandingan bola sepak masyarakat orang asal di Kg. Plantuk. 

Peralatan sukan ini disampaikan oleh Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong kepada En. Ali Jaafar, seorang pemimpin masyarakat orang asal di Kg. Plantuk. Ketua belia Kg. Plantuk, En. Rahim turut hadir.

Sebanyak 34 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak orang asal tersebut. Kesemua kampung masyarakat orang asal di Sungai Siput dan Hulu Kinta mengambil bahagian.

Pengerusi KSK Jalong amat terkilan kerana peralatan sukan tidak diagih secara adil. Masyarakat orang asal di Sungai Siput tidak pernah menerima apa-apa peralatan sukan yang telah disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui sebuah organisasi. Peralatan sukan oleh Kementerian Belia dan Sukan telah di salurkan beberapa kali sejak kebelakangan ini.

Untuk makluman, ini adalah kali kedua KSK Jalong menyumbang peralatan sukan kepada masyarakat orang asal. KSK Jalong juga memberi peralatan sukan kepada beberapa sekolah di sekitar Sungai Siput sebelum ini.










Ahad, 28 November 2010

PAINTBALL SUNGAI SIPUT







 

En. Amer (Pegawai Belia & Sukan, Sg. Siput) dan Husnuzaim (Pengerusi MBD Sg. Siput)

Ng Kah Choong, Pengerusi KSK Jalong

KSK Jalong telah memberi kerjasama kepada Kelab Belia Lestari Muhibbah, Sg. Siput [BLM] bersama-sama dengan Majlis Belia Daerah Sungai Siput [MBD] dan Pejabat Belia & Sukan Sungai Siput dalam usaha mengadakan pertandingan Paintball Sungai Siput pada 21.11.2010 di Gelanggang Rakyat Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput.



Pertandingan ini julung kali diadakan di Sungai Siput telah menerima sambutan khususnyan dari belia Beberapa pemain telah dipilih mewakili Majlis Belia Negeri Perak dalam Sukan Belia Malaysia yang akan diadakan di USM, Pulau Pinang pada awal bulan Disember.

Sabtu, 30 Oktober 2010

FUTSAL 1MALAYSIA PARLIMEN SUNGAI SIPUT









KSK Jalong mengambil bahagian dalam FUTSAL 1 Malaysia Parlimen Sungai Siput baru-baru ini. KSK Jalong menghantar pasukan wanita yang di urus oleh Juliana bt Muhammad Nor, AJK KSK Jalong.

Pasukan KSK Jalong bermain dengan baik sehingga ke perlawanan akhir. KSK Jalong tidak berjaya menjadi juara kerana sistem permainan yang ganjil dan tidak pernah di pratikkan sebelum ini.

Dalam perlawanan akhir, KSK Jalong seri dengan lawan iaitu FELDA Lasah. Jika mengikut sistem biasa yang di gunapakai, penentuan adalah samada kedua-dua pasukan diberi sepakan penalti sama banyak; yang jaring babyak gol, ia pemenang atau tambah masa permainan; siapa jaring gol dulu, ia menang.

Sistem yang diguna semasa FUTSAL 1Malaysia adalah berbeza iaitu lampung duit siling untuk menentukan siapa yang dapat sepakan penalti; sepak masuk ia menang! Tiada peluang untuk lawan yang bertahan untuk sepak .... apa macam punya sistem???

Walau bagaimanapun, KSK Jalong akur dengan keputusan tersebut kerana KSK Jalong sentiasa  mempratikkan prinsip 'bermain bukan untuk menang tetapi persahabatan diutamakan' ....

SYABAS KSK Jalong!









Ahad, 11 Julai 2010

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN GELANGGANG RAKYAT








Kementerian Belia dan Sukan bercadang membina sebuah gelanggang rakyat di setiap Dewan Undangan Negeri sejak 2008. Gelanggang rakyat pertama dibina pada tahun 2009, diantaranya ialah di Kampung Muhibbah. Terdapat 3 jenis gelanggang dalam gelanggang rakyat ini iaitu sepak takraw, bola keranjang dan FUTSAL.


Pembinaan gelanggang rakyat fasa ke-2 bermula pada tahun 2009. Sungai Siput diperuntukan 6 gelanggang rakyat atas usaha Y. Bhg. Dato' Haji Dzulklifly Hj Haron, Ketua UMNO Bahagian Sg. Siput. Gelanggang rakyat fasa ke-2 ini terdapat penambahan fasiliti iaitu lampu dan stor.

Y.B. Dato' Hj. Ahamed Pakeh Adam merasmikan gelanggang rakyat dan penyerahan gelanggang rakyat kepada persatuan-persatuan belia dan sukan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia atau Pesuruhjaya Sukan. 6 gelanggang rakyat yang diserahkan pada 11 Julai, 2010 di Kg. Jaya Setia adalah Gelanggang Rakyat Lasah [KSK Lintang], Gelanggang Rakyat Kompleks Sukan Komuniti [KSK Jalong], Gelangang Rakyat Rimba Panjang [Gerakan 4B Rimba Panjang], Gelanggang Rakyat Loh, Karai [Persatuan Belia Nadi Loh], Gelanggang Rakyat Kg. Kelimat [Persatuan Belia Kelimat] dan Gelanggang Rakyat Jaya Setia [Persatuan Belia Jaya Setia].


KSK Jalong diamanahkan mengurus Gelanggang Rakyat Kompleks Sukan Komuniti. Setakat ini, tiada arahan dan syarat penggunaan diterima. Memandangkan gelanggang rakyat adalah kemudahan awam, maka penggunaan gelanggang hendaklah diselaraskan supaya masyarakat setempat berpeluang menggunakan kemudahan yang disediakan. Penggunaan pada waktu siang mungkin tidak dikenakan bayaran tetapi penggunaan pada waktu malam dikenakan bayaran minima.

Selain dari menyelaras penggunaan gelanggang dan pembayaran bil eletrik, persekitaran dan keadaan gelanggang juga perlu dijaga rapi. Jawatankuasa pengelola perlu dibentuk untuk memastikan urus tadbir yang cekap, telus dan saksama.

KSK Jalong berharap pihak Kementerian Belia dan Sukan dapat memberi peruntukan membaiki gelanggang rakyat fasa 1 di Kampung Muhibbah untuk diserah kepada persatuan belia dan sukan.
















Ahli