Isnin, 2 Mac 2009

KEPIMPINAN BARU

KSK Jalong telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa pertama pada 2 Mac, 2009 jam 9:00 malam bertempat di Pusat Komuniti Muhibbah, Kampung Muhibbah Fasa 2B, Sungai Siput. 10 dari 11 ahli-ahli jawatankuasa hadir bersama 2 pemeriksa kira-kira. Agenda utama mesyuarat ini adalah membincangkan barisan kepimpinan KSK Jalong bagi sesi 2009 - 2011 seperti berikut:

Pengerusi - Ng Kah Choong
Timbalan Pengerusi - Ajaat Kamaldeen
Naib Pengerusi - T. Jayagopi & Azlina bt. Nazri
Setiausaha - Syed Mohammed Daud b. Syed Isa
Penolong Setiausaha - Saidi b. Musib
Bendahari - V. Krishna Kumar
Ahli Jawatankuasa - Mat Seri b. Pandak, Mohd Taufik b. Mohd Latif, G. Gopalan,
Sahul Hameed b. Varusai Naina Mohd., Julaina bt.Muhammad

Barisan ini merupakan barisan seimbang yang dianggotai oleh 4 kaum [Melayu, Cina, India dan Orang Asli]. Perkara lain yang turut dibincangkan adalah cadangan perlantikan Penaung dan Penasihat KSK Jalong.

Ahad, 1 Mac 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 3

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 KSK Jalong berjaya diadakan pada 1 Mac, 2009 jam 10:00 pagi bertempat di Kampung Muhibbah. Seramai 60 ahli KSK Jalong menghadiri mesyuarat tersebut dan jawatankuasa bagi sesi 2009-2011 telah dipilih. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput

Beberapa perkara telah ditimbulkan oleh ahli dan jawatankuasa baru bersetuju memberi perhatian ke atas setiap perkara yang ditimbulkan. Jawatankuasa baru berjanji memberi komitmen untuk merapatkan perhubungan diantara ahli, melicinkan pentadbiran dan pengurusan Kelab serta mengadakan lebih banyak program-program kecergasan.

Jawatankuasa yang baru dipilih akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pertama pada Isnin, 2.3.2009 untuk membincangkan beberapa aktiviti yang telah dirancang oleh jawatankuasa yang lama. Diantaranya adalah program bersama jabatan-jabatan kerajaan (7.3.2009), sukan persahabatan KSK-PSP-PBSD (14 & 15.3.2009), membantu dalam program pemeriksaan kesihatan di perkampungan orang asli pada 22.3.2009 serta program mendaki Gunung Kinabalu (13-17, Mei 2009).

Khamis, 12 Februari 2009

CADANGAN PENUBUHAN KOPERASI

Cadangan penubuhan koperasi oleh KSK Jalong telah dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa KSK Jalong pada 11 Februari, 2009. Tujuan penubuhan koperasi adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi ahli-ahli KSK Jalong dan KSK sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip koperasi.

Konsep koperasi ialah menolong diri sendiri dengan bekerjasama untuk faedah dan kebaikan bersama. Tunggak kaedah mengurus kegiatan ekonomi ialah semangat yang melibatkan keanggotaan secara sukarela, tolong-menolong, bersatupadu dan hormat menghormati satu sama lain.

Borang permohonan akan diserah ke Pejabat SKM Daerah tidak lama lagi.

Khamis, 15 Januari 2009

KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI SUNGAI SIPUT








Ahli-ahli KSK Jalong bermain dalam Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput



Sungai Siput sungguh bertuah mendapat seorang ahli Parlimen yang bertaraf Menteri pada masa lalu! Sebagai kawasan Menteri sudah pasti diberi keutamaan dalam konteks pembangunan. Walaubagaimanapun, penduduk-penduduk yang tidak mengenal budi telah memangkah orang lain. Menteri veteran dikeluarkan dari Parlimen! Samada sengaja atau tidak, ia adalah satu kerugian besar kepada penduduk-penduduk Sungai Siput.

Kementerian Belia dan Sukan telah membina sebuah kompleks sukan komuniti di Sungai Siput kerana Sungai Siput merupakan kawasan Menteri. Kompleks ini siap pada akhir tahun 2008. Itu pun bernasib baik! Sekiranya projek ini dilewatkan maka tiada kompleks sukan di daerah Kuala Kangsar. Kompleks Rakan Muda telah terlepas, nasib baik ada Kompleks Sukan Komuniti di Sungai Siput! Beruntung juga Sungai Siput!

Kompleks Rakan Muda yang sepatutnya dibina di Sungai Siput telah ditarik ke Kuala Kangsar tetapi tidak dapat direalisasikan. Sepatutnya sebuah Kompleks Sukan Komuniti dibina di Kuala Kangsar juga tidak menjadi kenyataan.

Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput kini diurus oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput. Pejabat Belia dan Sukan Daerah dalam proses memindah ke dalam kompleks ini. Penggunaan kompleks adalah terbuka kepada orang ramai dengan bayaran. Caj penggunaan adalah agak mahal dibandingkan dengan gelanggang lain di Sungai Siput. Harap pihak Kementerian dan Jabatan Belia dan Sukan dapat menkaji caj penggunaan kompleks.

Terdapat 4 gelanggang badminton, 4 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang FUTSAL, 2 gelanggang bola jaring dan sebuah gelanggang FUTSAL berukuran antarabangsa terdapat dalam Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput ini. Kompleks ini terletak diantara Happy Garden dan Kampung Bahagia belakang Klinik Kesihatan sungai Siput.

KSK Jalong telah menempah penggunaan kompleks iaitu pada setiap Selasa - badminton dan sepak takraw serta Sabtu - sepak takraw dan FUTSAL. Setiap ahli KSK Jalong adalah digalakkan menggunakan fasiliti ini dengan bayaran minima iaitu RM5 setiap kali main (badminton), sepak takraw dan FUTSAL adalah RM1. Ahli remaja dikenakan RM1 untuk badminton dan percuma untuk FUTSAL serta sepak takraw. KSK Jalong akan menanggung segala kos penggunaan kompleks.














Khamis, 1 Januari 2009

GELANGGANG SUKAN PELBAGAI GUNA










Sungai Siput terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong bertuah mendapat sebuah gelanggang pelbagai guna dari Kementerian Belia dan Sukan. Gelanggang ini dibina di Kampung Muhibbah. Walaubagaimanapun terdapat sedikit pertikaian kerana tapak tersebut terletak diantara Kampung Muhibbah dan Kampung Tersusun Kledang Utama. Namum begitu, pertikaian ini dapat diselesaikan kerana penggunaan adalah terbuka kepada semua penduduk di kedua-dua perkampungan ini. Tambahan lagi konsep "jiran sepakat membawa berkat" berjaya menyelesaikan masalah teknikal ini.

Pada tahun ini (2009), Menteri Belia dan Sukan juga mengumunkan bahawa setiap DUN akan dibina sebuah lagi gelanggang pelbagai guna maka Kampung Jaya Setia telah dicadangkan. Sekiranya ada penambahan mungkin satu lagi di Kampung Jalong atau Kampung Bahagia. Cadangan-cadangan ini telah dikemukakan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan pemimpin-pemimpin tempatan yang berkenaan.















Isnin, 1 Disember 2008

PERSAHABATAN TAKRAW




Aksi-aksi persahabatan takraw di Pusat Serenti Perlop ..... Hebat?



Pertukaran cenderhati diantara Pengurus KSK Jalong, Taufik Latif dengan Komandan Pusat Serenti Perlop


KSK Jalong mengadakan sepak takraw persahabatan dengan Pusat Serenti Perlop, Sungai Siput pada 30 November, 2008. Persahabatan ini diadakan di Pusat Serenti Perlop. Sebanyak 5 regu dipertandingkan. Kedua-dua pasukan menunjukkan kehebatan masing-masing. Semangat kesukanan dan disiplin pihak Pusat adalah dipuji.

Sebelum ini, KSK Jalong telah mengadakan takraw persahabatan dengan pasukan Taman Sri Andalas, Kelang di Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput.






















Ahad, 2 November 2008

MAJLIS RAMAH MESRA


Ucapan tetamu-tetamu kehormat

Meja VIP



Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Deepavali, KSK Jalong, KRT Kampung Muhibbah dan KRT Taman-Taman Muhibbah, Sungai Siput telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra di perkarangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput pada 1 November, 2008.

S/u + Penolong S/u ...... mesra ........

Ahli-ahli KSK Jalong

Majlis ini dihadiri oleh masyarakat pelbagai kaum khususnya ahli-ahli KSK Jalong, KRT Kampung Muhibbah dan KRT Taman-Taman Muhibbah. Tetamu kehormat ialah Y. Bhg. Dato' Seri Samy Velu dan YB Dato' Haji Ahamed Faked Adam, ADUN Lintang. Y.M. Tengku Mazilawati, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Kangsar dan Puan Maizatul, Pegawai Belia dan Sukan Sungai Siput turut hadir sama.





Hadirin dan makanan yang disediakan .... melayu ada .... india ada...... apa lagi mau????















Ahli