Selasa, 20 Mei 2008

MOH! BERSENAM


SENAMROBIK - setiap pagi hari minggu



SENAMROBIK - Liga Sukan Komuniti 2006






SENAMROBIK - Larian Muhibbah




SENAMROBIK - Liga Sukan Komuniti 2007



SENAMROBIK - Program Komuniti Remaja Y2Y Parlimen Sungai Siput




Program 'MOH! BERSENAM' dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput pada 18 Mei, 2008. Kelab Rakan Muda Parlimen Sungai Siput dan KSK Jalong terlibat sama dalam program ini secara langsung. Ia adalah acara senamrobik. Program ini di adakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput mendapat sambutan dari masyarakat pelbagai lapisan usia.

KSK Jalong telah mulai mengadakan senamrobik setiap pagi hari minggu di Taman Muhibbah Jaya dari 7:00 pagi - 9:00 pagi. Program ini telah diadakan sejak awal tahun dan kini masih berterusan. Kami mendapat khidmat instruktor senamrobik bertauliah malahan beberapa pelatih telah dilatih untuk memimpin program ini.

Senamrobik sering dijadikan acara memanas badan pada setiap program KSK Jalong sejak dari awal lagi.

Setelah program MOH! BERSENAM selesai pada jam 10:00 pagi, KSK Jalong mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 di cafetaria sekolah. Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 dirsamikan oleh En. Amer Izzuddin, Pegawai Belia dan Sukan Sungai Siput.



Program MOH! BERSENAM










Ahad, 11 Mei 2008

LARIAN MUHIBBAH







KSK Jalong dan KRT Taman-Taman Muhibbah, Sungai Siput menganjurkan Larian Muhibbah pada 11 Mei, 2008. Jarak larian hanya 3 km. Larian ini dianjur sempena pelancaran KRT Taman-Taman Muhibbah, Sungai Siput. Larian ini menarik seramai 76 peserta yang kebanyakkannya adalah remaja.
Tujuan larian ini adalah memupuk semangat kejiranan dan muhibbah di kalangan penduduk-penduduk setempat. KSK Jalong pula menggunakan larian ini sebagai satu usaha menganjurkan program larian yang lebih mencabar pada masa depan. Kini KSK Jalong dalam proses mengadakan rentas-desa sejauh 18 - 23 km. Ia akan direalisasikan sekiranya terdapat bajet.

Ahad, 16 Mac 2008

FUN HOCKEY

Tetamu Kehormat bersama Jawatankuasa Pengelola menyanyikan 'Negaraku"

Tetamu kehormat dan Jawatankuasa Pengelola menonton perlawanan akhir

Bekas Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Perak, En. Darshan Singh dan bekas pemain kebangsaan, En. Balasubramaniam bergambar bersama pemain

'FUN HOCKEY' adalah sukan hoki seperti hoki yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa tetapi pemain-pemain bukan dari pasukan yang tertentu. Pemain-pemain yang ingin mengambil bahagian dikehendaki mendaftar dengan urusetia terlebih dahulu. Pengelola akan membuat cabutan pemain-pemain yang berdaftar dan dibahagikan dalam beberapa pasukan. Namun begitu, pihak pengelola memastikan setiap pasukan adalah seimbang dari segi usia dan taraf pemain. 'FUN HOCKEY' adalah terbuka kepada semua masyarakat pelbagai kaum yang berusia 12 tahun ke atas. Sambutan adalah mengalakkan. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita dapat dibentuk. Jumlah penyertaan adalah seramai 156 lelaki dan 104 wanita.

YDP MPKK, Dato' Hj. Mohd. Shafie Ariffin bersalam dengan pemain sebelum perlawanan akhir mula

YDP MPKK bersama jawatankuasa pengelola

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Y. Bhg. Dato' Haji Mohd. Shafie bin Ariffin hadir merasmikan penutup serta menyampaikan hadiah kepada pemenang. Program ini mendapat kerjasama dari beberapa bekas pegawai dan pemain hoki negeri dan kebangsaan. 'FUN HOCKEY' adalah idea cikgu V. Krishna Kumar, AJK KSK Jalong.

Barisan bekas pemain negeri dan kebangsaan yang mengambil bahagian

Y. Bhg. Dato' Hj. Mohd. Shafie Ariffin, YDP MPKK menyampaikan ucapan

Ng Kah Choong, Pengerusi KSK Jalong menyampaikan ucapan

Memandangkan ia adalah satu usaha melahirkan lebih ramai pemain hoki yang berkaliber, KSK Jalong menaja segala perbelanjaan program ini. Program ini turut menerima perakuan dari Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar untuk dinamakan sebagai Kejohanan 'Fun Hockey' Yang Di Pertua Kuala Kangsar.
Y. Bhg. Dato' Hj. Mohd. Shafie menyampaikan cenderahti kepada En. Balasubramaniam, bekas pemain kebangsaan

Y. Bhg. Dato' Hj. Mohd. Shafie Ariffin menyampaikan hadiah kepada pemenang

Program ini diadakan di padang S.M.K. Methodist, Sungai Siput pada 16 Mac, 2008.

Isnin, 12 November 2007

SEPAK TAKRAW AMATUR PERAK



Pertandingan Sepak Takraw Amatur Perak diadakan pada 11 November, 2007 bertempat di gelanggang bola keranjang tertutup Kampung Baru Jalong. Sebanyak 36 regu mengambil bahagian. Johan diberi wang tunai RM500, naib johan RM300, ketiga RM200 dan keempat RM100. Yuran penyertaan adalah RM50 sahaja. Pertandingan ini adalah anjuran bersama KSK Jalong dan Kelab Rakan Muda Parlimen Sungai Siput dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput.




Aksi-aksi pertandingan

Siapa sangka KSK Jalong mengadakan pertandingan ini di kampung baru yang 100% penduduknya adalah Cina. Siapa sangka pertandingan ini telah menarik ramai penonton-penonton dari kampung baru tersebut. Siapa kata perpaduan kaum tanahair tidak kukuh. JKK Kampung Baru bersetuju gelanggang tertutup tersebut digunakan untuk pertandingan sepak takraw. Tempat duduk bertingkat di dalam gelanggang tertutup hampir dipenuhi penonton dari awal pertandingan hingga akhir.



Pertandingan ini bukan sahaja mendapat pujian dan sambutan dari penduduk-penduduk kampung baru malahan pemain-pemain mengakui bermain di gelanggang tertutup adalah selesa dan memuaskan.

En. Cheah Chee Kuan dan En. Amer Izzuddin, Pegawai Belia Sungai Siput hadir memberi saguhati kepada pemenang.


Tetamu khas, En. Amer Izzuddin dan En. Cheah Chee Kuan menyampaikan saguhati kepada pemenang.


Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua tetamu kehormat














Ahad, 4 November 2007

TUNAS GEMILANG

group photo

KSK Jalong diberi kepercayaan menganjurkan program Tunas Gemilang 2007 pada 3 November, 2007 bertempat di S.R.J.K.(C) Shing Chung, Sungai Siput. Program Tunas Gemilang adalah projek Institute Sukan Negara untuk mengenalpasti kecergasan kanak-kanak yang berusia diantara 7 - 12 tahun. 20 sukarelawan KSK Jalong telah mengikuti bengkel penguji Tunas Gemilang di Kompleks Rakan Muda Taiping sebelum ini. KSK Jalong adalah salah satu dari 8 KSK yang terpilih dalam negeri Perak.


senamrobik sebagai acara memanaskan badan
Sebanyak 11 buah sekolah rendah dalam DUN Jalong telah dijemput menghantar murid-murid. Sambutan dan kerjasama dari pihak sekolah adalah amat mengalakkan. Seramai 720 murid hadir untuk diuji. Jumlah ini agak berkurangan dengan sasaran kami seramai 800 orang. Jumlah di atas meliputi murid-murid pelbagai kaum termasuk orang asli. Pecahan peserta adalah Melayu (240), Cina (320), India (120) dan orang asli (40).


demotrasi dan ujian

KSK Jalong membiayai kos pengangkutan, makan minum peserta dan caj penggunaan sekolah. Penguji dan pembantu juga diberi saguhati. Kesemua perbelanjaan adalah mengikut garispanduan yang disediakan oleh pihak Institute Sukan Negara.








Ahli