Ahad, 12 Ogos 2007

LIGA SUKAN KOMUNITI 2007



Pelancaran Liga Sukan Komuniti Jalong 2007 diadakan pada 22 Julai, 2007 di Kampung Bahagia oleh En. Cheah Chee Kuan. Sebaik sahaja dilancarkan, sukan FUTSAL diadakan. Sebanyak 26 pasukan mengambil bahagian secara liga. Dua gelanggang di padang Kampung Bahagia digunakan untuk tujuan ini.

FUTSAL


BOLA TAMPAR







SEPAK TAKRAW



BOLA JARING







Acara sukan lain yang akan diadakan adalah bola jaring (29.7.2007 di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput), sepak takraw (5.8.2007 di S.M.K. Muhibbah) dan bola tampar (12.8.2007 di S.M. J.K. Shing Chung). Sambutan adalah mengalakkan kecuali bola jaring hanya terdapat 4 pasukan.











Selasa, 5 Jun 2007

PROGRAM JATIDIRI KESUKARELAAN NASIONAL


Tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis penutup PJKN
Sebahagian peserta-peserta PJKN

Tetamu Khas, Tn. Hj. Mad Dan- Ketua Penolong Pegawai Daerah Sungai Siput.

Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput telah menganjurkan Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) di Kem Rekreasi Intan Suraya, Sungai Siput pada 28 Mei - 3 Jun, 2007. Seramai 120 peserta pelbagai kaum menyertai program ini. Tuan Haji Mad Dan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Sungai Siput merasmikan majlis penutup PJKN.


Sukarelawan dan fasilitator PJKN

KSK Jalong diminta membantu dalam program ini. Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong turut diberi peluang berkongsi pengalaman dengan peserta dengan tajuk "Kesukarelaan".


AJK KSK Jalong yang turut hadir ..... untuk makan je! Taufik, Ng dan Syed Daud....

Ahad, 6 Mei 2007

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA


Tn Hj. Othman Abdul memotong kek yang dihasilkan oleh pastri Taufik

KSK Jalong mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama pada 6 Mei, 2007 bertempat di Dewan Tun Sambanthan, Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput. Mesyuarat Agung ini dirasmikan oleh Tuan Haji Othman Abdul, Penolong Pengarah - Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.


Pengerusi KSK Jalong menyampaikan cenderahati kepada Tetamu Khas, Tn. Hj. Othman Abdul dan En. Muhamamad, mantan Pegawai Belia Sungai Siput.

Ajaat Kamaldeen, Timbalan Pengerusi KSK Jalong menyampaikan cenderahati kepada Pn. Maizatul, Pegawai Belia dan Sukan Sungai Siput


Ucapan Tetamu Khas dan Pengerusi KSK Jalong
Seramai 60 ahli KSK Jalong menghadiri mesyuarat ini. Pemilihan pemegang-pemegang jawatankuasa diadakan. Mohd. Taufik Mohd Latif, seorang pastri yang berpengalaman telah membuat sebiji kek untuk merayakan ulangtahun pertama KSK Jalong.

Ahli-ahli yang terpilih adalah seperti berikut:

Pengerusi - Ng Kah Choong
Timbalan Pengerusi - Ajaat Kamaldeen
Naib Pengerusi - Syed Daud bin Syed Isa , G. N. Gopalan
AJK - Abu Bakar Martin, Khor Kok Poo, Norazlina bt. Nazri, Mat Seri Pandak, V. Krishna Kumar, Sahul Hameed

Gambar kenang-kenangan bersama Tetamu Khas dan barisan kepimpinan KSK Jalong.














Ahli