Ahad, 13 Jun 2010

SENAM CERGAS PERDANA







Sessi pertama Senam Cergas Perdana Sungai Siput berjaya di adakan pada Ahad. 13.6.2010 di Kampung Baru Rimba Panjang, Sungai Siput. Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput bercadang mengadakan aktiviti ini secara bulanan. Aktiviti ini akan diadakan di kampung, kampung baru dan taman perumahan di Sungai Siput. Semua warga Sungai Siput tanpa mengira usia, agama, kaum, gender dan fahaman politik adalah digalakkan menyertai aktiviti ini.

Ia adalah initiatif En Amer Izzuddin, Pegawai Belia dan Sukan Sungai Siput. Aktiviti ini dijayakan bersama Kelab Sukan Komuniti Jalong dan Kelab-Kelab Rakan Muda Wawasan Desa Kampung Baru, Sungai Siput. NGO-NGO tempatan, KRT, JKKK dan persatuan-persatuan penduduk akan dijemput bersama menjayakan aktiviti ini kelak.

Tujuan aktiviti ini adalah menyedarkan masyarakat setempat dengan kesihatan dan kecergasan. Masalah kesihatan dan kos perubatan yang tinggi adalah satu beban kepada setiap individu dan keluarga malah kerajaan dan masyarakat turut terlibat. Kerajaan terpaksa menanggung dan membiayai kos perubatan khususnya di hospital-hospital kerajaan. Masyarakat turut terpanggil untuk membantu individu yang kurang kemampuan.

Kelab Sukan Komuniti Jalong telah mengadakan program sebegini sejak 3 tahun yang lalu. Kebanyakkan peserta adalah wanita. Ia diadakan setiap Ahad pagi di Taman Muhibbah Jaya. KSK Jalong dalam perancangan menambah aktiviti sampingan lain pemeriksaan kesihatan, ujian kecergasan, ceramah kesihatan dan pemakanan seimbang kepada peserta.















Tiada ulasan:

Ahli