Sabtu, 11 Disember 2010

SUMBANGAN PERALATAN SUKAN







KSK Jalong telah menyumbang peralatan sukan kepada masyarakat orang asal di Kampung Plantuk, Jalong Tinggi. Sumbangan berupa sepasang jaring gol dan 4 biji bolasepak sempena penganjuran pertandingan bola sepak masyarakat orang asal di Kg. Plantuk. 

Peralatan sukan ini disampaikan oleh Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong kepada En. Ali Jaafar, seorang pemimpin masyarakat orang asal di Kg. Plantuk. Ketua belia Kg. Plantuk, En. Rahim turut hadir.

Sebanyak 34 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak orang asal tersebut. Kesemua kampung masyarakat orang asal di Sungai Siput dan Hulu Kinta mengambil bahagian.

Pengerusi KSK Jalong amat terkilan kerana peralatan sukan tidak diagih secara adil. Masyarakat orang asal di Sungai Siput tidak pernah menerima apa-apa peralatan sukan yang telah disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui sebuah organisasi. Peralatan sukan oleh Kementerian Belia dan Sukan telah di salurkan beberapa kali sejak kebelakangan ini.

Untuk makluman, ini adalah kali kedua KSK Jalong menyumbang peralatan sukan kepada masyarakat orang asal. KSK Jalong juga memberi peralatan sukan kepada beberapa sekolah di sekitar Sungai Siput sebelum ini.










Ahad, 28 November 2010

PAINTBALL SUNGAI SIPUT







 

En. Amer (Pegawai Belia & Sukan, Sg. Siput) dan Husnuzaim (Pengerusi MBD Sg. Siput)

Ng Kah Choong, Pengerusi KSK Jalong

KSK Jalong telah memberi kerjasama kepada Kelab Belia Lestari Muhibbah, Sg. Siput [BLM] bersama-sama dengan Majlis Belia Daerah Sungai Siput [MBD] dan Pejabat Belia & Sukan Sungai Siput dalam usaha mengadakan pertandingan Paintball Sungai Siput pada 21.11.2010 di Gelanggang Rakyat Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput.



Pertandingan ini julung kali diadakan di Sungai Siput telah menerima sambutan khususnyan dari belia Beberapa pemain telah dipilih mewakili Majlis Belia Negeri Perak dalam Sukan Belia Malaysia yang akan diadakan di USM, Pulau Pinang pada awal bulan Disember.

Sabtu, 30 Oktober 2010

FUTSAL 1MALAYSIA PARLIMEN SUNGAI SIPUT









KSK Jalong mengambil bahagian dalam FUTSAL 1 Malaysia Parlimen Sungai Siput baru-baru ini. KSK Jalong menghantar pasukan wanita yang di urus oleh Juliana bt Muhammad Nor, AJK KSK Jalong.

Pasukan KSK Jalong bermain dengan baik sehingga ke perlawanan akhir. KSK Jalong tidak berjaya menjadi juara kerana sistem permainan yang ganjil dan tidak pernah di pratikkan sebelum ini.

Dalam perlawanan akhir, KSK Jalong seri dengan lawan iaitu FELDA Lasah. Jika mengikut sistem biasa yang di gunapakai, penentuan adalah samada kedua-dua pasukan diberi sepakan penalti sama banyak; yang jaring babyak gol, ia pemenang atau tambah masa permainan; siapa jaring gol dulu, ia menang.

Sistem yang diguna semasa FUTSAL 1Malaysia adalah berbeza iaitu lampung duit siling untuk menentukan siapa yang dapat sepakan penalti; sepak masuk ia menang! Tiada peluang untuk lawan yang bertahan untuk sepak .... apa macam punya sistem???

Walau bagaimanapun, KSK Jalong akur dengan keputusan tersebut kerana KSK Jalong sentiasa  mempratikkan prinsip 'bermain bukan untuk menang tetapi persahabatan diutamakan' ....

SYABAS KSK Jalong!









Ahad, 11 Julai 2010

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN GELANGGANG RAKYAT








Kementerian Belia dan Sukan bercadang membina sebuah gelanggang rakyat di setiap Dewan Undangan Negeri sejak 2008. Gelanggang rakyat pertama dibina pada tahun 2009, diantaranya ialah di Kampung Muhibbah. Terdapat 3 jenis gelanggang dalam gelanggang rakyat ini iaitu sepak takraw, bola keranjang dan FUTSAL.


Pembinaan gelanggang rakyat fasa ke-2 bermula pada tahun 2009. Sungai Siput diperuntukan 6 gelanggang rakyat atas usaha Y. Bhg. Dato' Haji Dzulklifly Hj Haron, Ketua UMNO Bahagian Sg. Siput. Gelanggang rakyat fasa ke-2 ini terdapat penambahan fasiliti iaitu lampu dan stor.

Y.B. Dato' Hj. Ahamed Pakeh Adam merasmikan gelanggang rakyat dan penyerahan gelanggang rakyat kepada persatuan-persatuan belia dan sukan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia atau Pesuruhjaya Sukan. 6 gelanggang rakyat yang diserahkan pada 11 Julai, 2010 di Kg. Jaya Setia adalah Gelanggang Rakyat Lasah [KSK Lintang], Gelanggang Rakyat Kompleks Sukan Komuniti [KSK Jalong], Gelangang Rakyat Rimba Panjang [Gerakan 4B Rimba Panjang], Gelanggang Rakyat Loh, Karai [Persatuan Belia Nadi Loh], Gelanggang Rakyat Kg. Kelimat [Persatuan Belia Kelimat] dan Gelanggang Rakyat Jaya Setia [Persatuan Belia Jaya Setia].


KSK Jalong diamanahkan mengurus Gelanggang Rakyat Kompleks Sukan Komuniti. Setakat ini, tiada arahan dan syarat penggunaan diterima. Memandangkan gelanggang rakyat adalah kemudahan awam, maka penggunaan gelanggang hendaklah diselaraskan supaya masyarakat setempat berpeluang menggunakan kemudahan yang disediakan. Penggunaan pada waktu siang mungkin tidak dikenakan bayaran tetapi penggunaan pada waktu malam dikenakan bayaran minima.

Selain dari menyelaras penggunaan gelanggang dan pembayaran bil eletrik, persekitaran dan keadaan gelanggang juga perlu dijaga rapi. Jawatankuasa pengelola perlu dibentuk untuk memastikan urus tadbir yang cekap, telus dan saksama.

KSK Jalong berharap pihak Kementerian Belia dan Sukan dapat memberi peruntukan membaiki gelanggang rakyat fasa 1 di Kampung Muhibbah untuk diserah kepada persatuan belia dan sukan.
















Ahad, 13 Jun 2010

SENAM CERGAS PERDANA







Sessi pertama Senam Cergas Perdana Sungai Siput berjaya di adakan pada Ahad. 13.6.2010 di Kampung Baru Rimba Panjang, Sungai Siput. Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput bercadang mengadakan aktiviti ini secara bulanan. Aktiviti ini akan diadakan di kampung, kampung baru dan taman perumahan di Sungai Siput. Semua warga Sungai Siput tanpa mengira usia, agama, kaum, gender dan fahaman politik adalah digalakkan menyertai aktiviti ini.

Ia adalah initiatif En Amer Izzuddin, Pegawai Belia dan Sukan Sungai Siput. Aktiviti ini dijayakan bersama Kelab Sukan Komuniti Jalong dan Kelab-Kelab Rakan Muda Wawasan Desa Kampung Baru, Sungai Siput. NGO-NGO tempatan, KRT, JKKK dan persatuan-persatuan penduduk akan dijemput bersama menjayakan aktiviti ini kelak.

Tujuan aktiviti ini adalah menyedarkan masyarakat setempat dengan kesihatan dan kecergasan. Masalah kesihatan dan kos perubatan yang tinggi adalah satu beban kepada setiap individu dan keluarga malah kerajaan dan masyarakat turut terlibat. Kerajaan terpaksa menanggung dan membiayai kos perubatan khususnya di hospital-hospital kerajaan. Masyarakat turut terpanggil untuk membantu individu yang kurang kemampuan.

Kelab Sukan Komuniti Jalong telah mengadakan program sebegini sejak 3 tahun yang lalu. Kebanyakkan peserta adalah wanita. Ia diadakan setiap Ahad pagi di Taman Muhibbah Jaya. KSK Jalong dalam perancangan menambah aktiviti sampingan lain pemeriksaan kesihatan, ujian kecergasan, ceramah kesihatan dan pemakanan seimbang kepada peserta.















Rabu, 5 Mei 2010

MOH FUTSAL GENERASI MUDA









Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput telah dipilih sebagai hos kejohanan Piala YAB Menteri Besar Perak - Moh FUTSAL Generasi Muda daerah Kuala Kangsar tajaan Sinar Harian pada 1 - 2 Mei, 2010. Johan daerah akan berentap di peringkat negeri.

Sebanyak 42 pasukan mengambil bahagian. KSK Jalong tidak ketinggalan menghantar 1 pasukan. Walau bagaimanapun, pasukan KSK Jalong gagal melepasi pusingan pertama.











Ahad, 7 Februari 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-4






KSK Jalong berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 pada 7 Februari, 2010 jam 10 pagi bertempat di DOR Kampung Bahagia. Perjalanan mesyuarat adalah lancar dan kehadiran adalah memuaskan.

Mesyuarat ini dirasmikan oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput, En. Khairul Azman.











Khamis, 28 Januari 2010

MAJLIS TAKLIMAT PEMBERIAN GERAN BAGI PROGRAM KECERGASAN OLEH LPKM





KSK Jalong telah dijemput ke majlis taklimat pemberian geran bagi program kecergasan ajensi / NGO oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia [LPKM] di Dewan Serbaguna, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak pada 28 Januari, 2010. Program ini adalah anjuran Lembaga Promosi Kecergasan Malaysia [LPKM] dengan  kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Ng Kah Choong, Pengerusi KSK Jalong menghadiri majlis ini bersama Mohd. Taufik, AJK KSK Jalong.

Pemberian geran oleh LPKM ini adalah disambut baik dan ia adalah sesuai untuk dilaksanakan oleh KSK Jalong. Namun begitu syarat-syarat yang dikenakan adalah diluar kawalan KSK Jalong diantaranya adalah penetapan sasaran penyertaan seramai 150 orang (minima) dan mengadakan latihan di gimnasium 1 sekali seminggu.

Walaubagaimanapun, KSK Jalong akan cuba melaksanakan beberapa program. Diantaranya adalah senam-cergas, berjalan untuk kesihatan, sukan [FUTSAL, 3x 3 Bola keranjang, tari jalanan]. Untuk makluman semua, Pengerusi KSK Jalong (Ng Kah Choong) telah pun menyediakan kertas-kerja untuk program-program tersebut. Cuma pengerak sahaja yang belum ditentukan.










Ahli