Isnin, 12 November 2007

SEPAK TAKRAW AMATUR PERAK



Pertandingan Sepak Takraw Amatur Perak diadakan pada 11 November, 2007 bertempat di gelanggang bola keranjang tertutup Kampung Baru Jalong. Sebanyak 36 regu mengambil bahagian. Johan diberi wang tunai RM500, naib johan RM300, ketiga RM200 dan keempat RM100. Yuran penyertaan adalah RM50 sahaja. Pertandingan ini adalah anjuran bersama KSK Jalong dan Kelab Rakan Muda Parlimen Sungai Siput dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Sungai Siput.




Aksi-aksi pertandingan

Siapa sangka KSK Jalong mengadakan pertandingan ini di kampung baru yang 100% penduduknya adalah Cina. Siapa sangka pertandingan ini telah menarik ramai penonton-penonton dari kampung baru tersebut. Siapa kata perpaduan kaum tanahair tidak kukuh. JKK Kampung Baru bersetuju gelanggang tertutup tersebut digunakan untuk pertandingan sepak takraw. Tempat duduk bertingkat di dalam gelanggang tertutup hampir dipenuhi penonton dari awal pertandingan hingga akhir.



Pertandingan ini bukan sahaja mendapat pujian dan sambutan dari penduduk-penduduk kampung baru malahan pemain-pemain mengakui bermain di gelanggang tertutup adalah selesa dan memuaskan.

En. Cheah Chee Kuan dan En. Amer Izzuddin, Pegawai Belia Sungai Siput hadir memberi saguhati kepada pemenang.


Tetamu khas, En. Amer Izzuddin dan En. Cheah Chee Kuan menyampaikan saguhati kepada pemenang.


Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong menyampaikan cenderahati kepada kedua-dua tetamu kehormat














Ahad, 4 November 2007

TUNAS GEMILANG

group photo

KSK Jalong diberi kepercayaan menganjurkan program Tunas Gemilang 2007 pada 3 November, 2007 bertempat di S.R.J.K.(C) Shing Chung, Sungai Siput. Program Tunas Gemilang adalah projek Institute Sukan Negara untuk mengenalpasti kecergasan kanak-kanak yang berusia diantara 7 - 12 tahun. 20 sukarelawan KSK Jalong telah mengikuti bengkel penguji Tunas Gemilang di Kompleks Rakan Muda Taiping sebelum ini. KSK Jalong adalah salah satu dari 8 KSK yang terpilih dalam negeri Perak.


senamrobik sebagai acara memanaskan badan
Sebanyak 11 buah sekolah rendah dalam DUN Jalong telah dijemput menghantar murid-murid. Sambutan dan kerjasama dari pihak sekolah adalah amat mengalakkan. Seramai 720 murid hadir untuk diuji. Jumlah ini agak berkurangan dengan sasaran kami seramai 800 orang. Jumlah di atas meliputi murid-murid pelbagai kaum termasuk orang asli. Pecahan peserta adalah Melayu (240), Cina (320), India (120) dan orang asli (40).


demotrasi dan ujian

KSK Jalong membiayai kos pengangkutan, makan minum peserta dan caj penggunaan sekolah. Penguji dan pembantu juga diberi saguhati. Kesemua perbelanjaan adalah mengikut garispanduan yang disediakan oleh pihak Institute Sukan Negara.








Ahli