KSK Jalong telah menyumbang peralatan sukan kepada masyarakat orang asal di Kampung Plantuk, Jalong Tinggi. Sumbangan berupa sepasang jaring gol dan 4 biji bolasepak sempena penganjuran pertandingan bola sepak masyarakat orang asal di Kg. Plantuk.
Peralatan sukan ini disampaikan oleh Pengerusi KSK Jalong, Ng Kah Choong kepada En. Ali Jaafar, seorang pemimpin masyarakat orang asal di Kg. Plantuk. Ketua belia Kg. Plantuk, En. Rahim turut hadir.
Sebanyak 34 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak orang asal tersebut. Kesemua kampung masyarakat orang asal di Sungai Siput dan Hulu Kinta mengambil bahagian.
Pengerusi KSK Jalong amat terkilan kerana peralatan sukan tidak diagih secara adil. Masyarakat orang asal di Sungai Siput tidak pernah menerima apa-apa peralatan sukan yang telah disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui sebuah organisasi. Peralatan sukan oleh Kementerian Belia dan Sukan telah di salurkan beberapa kali sejak kebelakangan ini.
Untuk makluman, ini adalah kali kedua KSK Jalong menyumbang peralatan sukan kepada masyarakat orang asal. KSK Jalong juga memberi peralatan sukan kepada beberapa sekolah di sekitar Sungai Siput sebelum ini.