KSK Jalong telah dijemput ke majlis taklimat pemberian geran bagi program kecergasan ajensi / NGO oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia [LPKM] di Dewan Serbaguna, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak pada 28 Januari, 2010. Program ini adalah anjuran Lembaga Promosi Kecergasan Malaysia [LPKM] dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Ng Kah Choong, Pengerusi KSK Jalong menghadiri majlis ini bersama Mohd. Taufik, AJK KSK Jalong.
Ng Kah Choong, Pengerusi KSK Jalong menghadiri majlis ini bersama Mohd. Taufik, AJK KSK Jalong.
Pemberian geran oleh LPKM ini adalah disambut baik dan ia adalah sesuai untuk dilaksanakan oleh KSK Jalong. Namun begitu syarat-syarat yang dikenakan adalah diluar kawalan KSK Jalong diantaranya adalah penetapan sasaran penyertaan seramai 150 orang (minima) dan mengadakan latihan di gimnasium 1 sekali seminggu.
Walaubagaimanapun, KSK Jalong akan cuba melaksanakan beberapa program. Diantaranya adalah senam-cergas, berjalan untuk kesihatan, sukan [FUTSAL, 3x 3 Bola keranjang, tari jalanan]. Untuk makluman semua, Pengerusi KSK Jalong (Ng Kah Choong) telah pun menyediakan kertas-kerja untuk program-program tersebut. Cuma pengerak sahaja yang belum ditentukan.