Jumaat, 26 Jun 2009

ENTERPRISE BELIA





Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sungai Siput telah menganjurkan program 'Enterprise Belia' untuk belia-belia sungai Siput pada 20 jun, 2009 (Sabtu) bertempat di Pusat Latihan Perhutanan, Jalan Lintang, Sungai Siput. Program ini bermula dari awal pagi hingga petang. Seramai 112 peserta berbilang kaum menyertai program ini.

KSK Jalong turut berusaha mencari peserta ke program tersebut. Seramai 12 belia orang asli dan beberapa ahli KSK Jalong menyertai program tersebut.

Tujuan program ini adalah mempromosikan Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) kepada orang ramai khususnya belia-belia di Sungai Siput. Pegawai-pegawai dari Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Ipoh, Bank Rakyat Cawangan Medan Gopeng dan AgroBank Cawangan Kuala Kangsar hadir memberi penerangan kepada peserta.

Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia sudah tentulah tatacara mendaftarkan perniagaan / syarikat, jenis-jenis perniagaan dan peraturan-peraturan. Bank Rakyat dan AgroBank adalah bank yang mengendalikan STEB memberi penerangan cara-cara dan syarat-syarat memohon.

Saya dapati ramai peserta mengeluh setelah mendapat maklumat dari pihak-pihak yang berkenaan kerana saringan dan syarat yang dikenakan adalah ketat. Kebanyakkan peserta mengatakan mereka tidak dapat memenuhi syarat-syarat tersebut. Masyarakat orang asli yang berada di tahap miskin tegar sudah tentu berada terlalu jauh dari memenuhi syarat-syarat itu.

STEB sepatutnya membantu belia dan bukan membebankan belia! Walau bagaimanapun yang salah bukan belia sekarang! Belia kini adalah mangsa dari sikap tidak bertanggungjawab belia-belia yang terdahulu khususnya mereka yang telah meminjam dari dana ekonomi belia tidak membayar pinjaman mereka!












Ahli